bila selak je blog al-hadi19th terus rasa rindu suasana simpang5 menembak-nembak membuak-buak lagi lagi waktu sekarang. time study week banna otomatik teringat kiwie dgn oren yang kita revise same2 especially subjek bios logos yang dah tentu2 skrg oren tahap master lah kannn subjek tuh. haduiii baru sedarlah dah hampir 3 tahun tinggal simpang5 tapi manis pahit tawar tak penah hilang pastu baru sedar ehh sebenanye dah abes study week lah sekarang tgh exam week and tadi baru selamat lepas satu paper - arabic language II - pastu bole pulak meronggeng blogwalking lah bagai update entry baru lah. cool je okeh sbb korang kan nak doakan banna kannn. doakan banna yeee dpt result mantap sem ni :)
apa kes ni asyik momen2 menyingkap kenangan je. okeyhhh back to the topic. topic entry atas tu tulis blogwalking kannn. sebenanrnye dari semalam jugak pikir nak buat entry baru utk al-hadi19th tapi ide taknak muncul. dah brainwash abes dah. tak cukup dengan delicate dah spin siap buat extra spin lg tp muka sengal senyum sengih mcm kambing jugak yang keluar dlm kotak pemikiran imaginary number (hamboii mention algebra siap) . so, banna pon buat blogwalking carik idea . seronok weh blogwalking rasa mcm makan aiskrim vanilla choc plus kek chocolate indulgence plus cream puff plus pavlova extra fruit plus hot tea. lapar terus banna.
kenapa blogwalking besst?? mula2 baca trivia2 yang mcm tak masuk akal pastu mcm - 'woowww' ' ohhh ye er' ' tak sangka aku' 'ehh nak try lah kira' - dan bagai2 lah kan. its fun. pastu masuk baca blog stok2 dena bahrin irine nadia terus lain pulak expression - 'omaigod sweetnyaa' 'ehh lawanye baju dy' 'alamak mcm rasa nak kawen' - rasa seronok pastu mcm kagum pastu mcm nak tiru style tudung pastu macam2 lah. hahhaa tetibe kelaka. masuk pulak part baca yang blog yg tazkirah. ingatkan diri dengan allah. time ni banna mcm terus masuk section 'muhasabah diri' - tengok apa aku dah buat hari ini? - teringat mujahid palestin - td blogwalking bace alkisah wanita pertama Turki yg sgt hebat.
Emine Erdogan adalah isteri kpd perdana menteri Turki. dimana wanita bangsawan lain boleh memilih untuk berjalan di kota london tapi wanita ini memilih untuk berjalan di Rohingya sedangkan wanita bangsawan lain ralit berpeluk dan bertemu rakan seangkatan yang sama tapi beliau memilih untuk mendengar masalah wanita tua di rohingya dan berpeluk menenangkannya tanpa memandang perbezaan darjat.
tapi yang paling signifikan dalam blogwalking banna kali ni adalah blog zahiril adzim . part melancong hidup
Bayangkan, kita sedang berada di negara orang. Kita sedang melancong dengan persekitaraan yang terlalu baru dalam hidup kita. Pertama kali mata menyaksikan rupa pandang, orang tempatan, bangunan dan segala - galanya. Kita dibawa melawat ke tempat - tempat menarik, tempat - tempat bersejarah atau tarikan pelancong.
Dengan sebuah bas. Bas pelancong.
Sekitar kita adalah orang - orang yang tidak sama bahasa dengan kita, dan kalau tidak ada pemandu pelancong, kita bakal sesat. Sesat yang menyukarkan kita untuk kembali pulang menjalankan kehidupan seharian kita.
Bayangkan, kita berhenti di zoo negara itu. Kita lihat haiwan - haiwan yang tak pernah kita lihat. Tak ada di negara kita, dan kita jadi teruja. Kita rancak berbual dengan rakan - rakan atau keluarga, tentang fizikal haiwan itu, bunyian yang dikeluarkan oleh haiwan itu. Habitatnya, tabiatnya. Macam - macam. Kita bual, kita gali informasi tentang haiwan itu.
Bayangkan, kemudian kita naik bas semula dan dibawa ke muzium pula. Dimana sejarah dan cerita - cerita purba tentang negara itu. Wang lama, pakaian askar lama tentera negara itu. Kita berdiskusi, kita duduk dalam muzium itu memikirkan tentang pelbagai hal yang berkaitan dengan pameran dalam muzium itu. Kita bercanggah pendapat dengan pelancong lain, atau kenalan. Kita cuba dapatkan jawapan tentang sejarah dan barang - barang pameran.
Dan sekarang, bayangkan. Zoo, Muzium dan tempat - tempat itu semua adalah masalah atau kecelakaan yang menimpa hidup kita. Kita duduk dalam masalah, kita bersedih, kita bergaduh, bercanggah pendapat dan macam - macam dan bas itu pula adalah kehidupan kita yang akan terus bergerak ke tempat - tempat lain.
Kalau kita terus duduk dalam muzium itu, terlalu memikirkan tentang hal dalam muzium itu,
Bas akan terus bergerak meninggalkan kita. Begitu juga kehidupan.
Yang akan terus bergerak...
fikir-fikirkan dan selamat beramal :D
SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2013
may 2013 make us better than 2012 . let's aiming to achieve Jannah together :)
.
No comments:
Post a Comment