Sunday, December 30, 2012

I.K.H.T.I.L.A.T


begin with the name of Allah~
bermula dari satu perasaan ingin tahu , terbang ke sana ke sini , akhirnya tersinggah disini 
satu perincian yg menarik pabila dibaca lalu dikongsikan di sini 


“Dan jika kamu menuruti kebanyakkan orang-orang yang dimuka bumi ini,
nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.
Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka & mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)..”
(Al-An’am: 116).

Ikhtilat dalam pergerakan Islam adalah suatu perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap orang yang terlibat secara langsung dalam pergerakan Islam sama ada dia seorang ahli usrah, naqib atau pun masul. Syariat Islam tidak memandang siapa yang memegang jawatan dalam jemaah dalam melaksanakan syariat tersebut.

Perkataan ikhtilat itu pada adatnya bermaksud pergaulan. Di dalam konteks Islam, ikhtilat boleh diertikan sebagai suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki & wanita ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang kepada maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari termasuklah mereka yang berkecimpung dalam pergerakan Islam sendiri. Tambahan pula, kemajuan era teknologi sekarang ini, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki & wanita yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, Friendster & Facebook. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama pemuda pemudi Islam.

Kita juga didedahkan bahawa rukun yang perlu diketahui dalam pergerakan Islam adalah rukun taaruf. Akan tetapi, apa yang membimbangkan kita adalah perhubungan yang dimulakan atas dasar taaruf tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian ilmu & kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Ada juga, kononnya beralasan hendak memahami & mewujudkan keserasian dalam bekerja. Apa yang lebih menakutkan adalah perhubungan tersebut menjadi barah ‘cinta’ walaupun pada zahirnya seakan-akan kita melihat mereka saling mengambil berat (salah guna atas nama usrah). Perkara ini, seolah-olah mencari keredhaan Allah, sedangkan mereka sudah terjerus dalam kemurkaan Allah. Kerana itulah kita perlu memahami konsep sebenar dalam bekerja kerana Allah & batas pergaulan dalam bekerja.


1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya.
(lelaki & perempuan jangan sekali-kali jeling-menjeling dengan tujuan untuk menarik perhatian antara satu sama lain), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat serta nafsu & tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat.

Allah SWT berfirman :
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya & memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya & kemaluannya.”
(An Nuur : 30-31)


Sabda Nabi Muhamad SAW:
“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram..”
Petikan dari:
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud & Tirmidzi.)


2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan.
Sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan & wajah, tidak jarang (tipis) & tidak menampakkan bentuk tubuh.

“Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA..
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita..”

Allah SWT berfirman :
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.”
(An Nuur : 31)

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firman-Nya :
“Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu.”
(Al Ahzab: 59)

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan-perempuan yang lain. Dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian & akhlaknya, pasti akan menghormati & menyeganinya.


“Don’t judge book by its cover..”
Tetapi jika hendak diaplikasikan didalam agama Islam, perlulah dinilai sedalam-dalamnya telebih dahulu.
Ramai diantara kita yang sering beranggapan;

“Hati kami baik walaupun kami tidak menutup aurat..”
“Orang yang solat, belum tentu baik..”
“Orang yang berpuasa belum tentu solat..”
“Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh, belum tentu baiknya..”

TETAPI

Adakah hati itu baik & sihat jika melanggar perintah Allah dengan tidak menutup aurat?
Orang yang solat belum tentu baik? Tetapi ketahuilah bahawa orang yang baik tentu akan solat..
Orang yang puasa belum tentu solat? Tetapi sedarlah bahawa orang yang solat tentu berpuasa..
Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh belum tentu baiknya? Tetapi sudah tentu wanita yang baik & solehah akan menutup auratnya untuk mengelakkan diri dari menjadi anak panah syaitan yang berbahaya..


"You're what you're saying

You're what you're doing.

So, please behave & be yourself because sometimes they need to judge you from your appearance.."


“Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat & menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga & tidak akan mencium baunya..”
Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.)


3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara.
Terutama ketika bermuamalat dengan lelaki:

I) PERCAKAPAN:
Kaum hawa hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang & membangkitkan perasaan kaum Adam. Jangan sesekali kau pancing nafsunya melalui lunaknya suaramu. Mahukah kau kaum Hawa tergolong dikalangan bala tentera Syaitan & Iblis dalam menumpaskan anak cucu Adam a.s?

Allah SWT berfirman:
"Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya & ucapkanlah perkataan yang baik."
(Al Ahzab: 32)

II) BERJALAN:
Allah SWT berfirman :
“..Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”
(An Nuur : 31)

Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firman-Nya :
“Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan dengan malu-malu..”
(Al Qashah :25)

III) PERGERAKAN:
Tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) & tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.


4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya.
Jauhi juga warna-warna terang & terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti..”
Petikan dari:
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii & Ibn Majah.)

"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”
(Hadis Riwayat Abu Musa al-Asy’ari)

Fudhail bin Iyadh Rahimahullah,
Seorang yang alim, soleh, Ahli ilmu & ibadah, 40 tahun tak pernah ia lambat untuk mendapat saaf pertama dalam solat, namun ia mengatakan;
“Sungguh yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita..’


5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki & seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka.
Ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya:

Ingat pesanan Rasullullah s.a.w :
Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani).
Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis..

Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan laknatullah.
Tidak patut membiarkan api & kayu bersama (makin ‘terbakar dengan maraknya’ ia kalau dibiarkan berdua).
Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar & sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berdua-duaan.


6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat.
(contoh: mesyuarat) & perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah & pertarbiyahan bangsa (anak-anak).


7. Menundukkan hati.
Apabila kita berurusan dengan bukan muhrim, kita perlu risaukan kemurkaan Allah Taala. Perbanyakkanlah berdoa semoga urusan dipermudahkan & bebas daripada fitnah. Minta daripada-Nya supaya dipelihara diri dari busur panahan syaitan. Luruskan kembali niatmu buat tiap ketika kerana syaitan itu licik..

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita.
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati yang mempunyai harga diri & takut kepada Ilahi..

Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya yang taat. Kita manusia biasa yang dikurniakan nafsu & cinta. Allah menciptakan rasa cinta & nafsu bersama-sama dengan batas pergaulan buat hamba-hamba Nya kerana Dia tahu apa kelemahan & kekuatan yang terletak tiap pada ciptaan-Nya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal."

Rujukan :
Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi

Dipetik dari :
MUHAMMAD HANIS BIN ABDUL MUTALIB
PISMP PENGAJIAN AGAMA
23 FEBRUARI 2010


p/s : di kopi paste baik punyaaa dari ----->    http://allahseeker.blogspot.com/2012/01/ikhtilat.html

sharing is caring :)

No comments:

~free application..menarikkan?..free application~