Monday, June 24, 2013

jerebu woi

assalamualaikum,

spt yg kalian sedia maklum, malaysia tgh teruk dilanda jerebu.
walaupun jerebu ni nampak sekadar asap yg harmless, ia sebenarnya very harmful
nak ckp punya terukk lah jerebu ni sampaikan MUAR distiharkan DARURAT oleh sebab API index sgt hyper tinggi
a few negeri mcm selangor ,kl, melaka and johor pun cuti sekolah hari ni, sbb jerebu ni.

td lemon ada mention API index kan ? amnde tu sbnanye > moh lemon cite sikit

API, ialah air pollutant index, so dari skala ni kita tahu lah tahap pencemaran kat kawasan kita. kalau nak tengok kawasan kita punya API terkini, boleh usha ini web

http://www.doe.gov.my/apims/

ni index tu, yg area tu pulak, kawasan2 kat malaysia

API

Status

Areas

%

0-50Good27%
51-100Moderate2751%
101-200Unhealthy1936%
201-300Very Unhealthy35%
>301Hazardous11%

so kenapa jerebu bahaya  ? and macam mana nak jaga diri spnjg jerebu ni ?

Message from someone who works for National Environment Agency and here's what she advises: Hi all, pls make sure that u keep all windows shut at all times n bathroom doors too. Wat u breathe in gets lodged deep in ur lungs n can't get out. It's the PM2.5 particulate matter that's dangerous
Make sure u cover your nose when outdoors

From someone who is doing phd in biochem , he said that these particulates (in the haze) are too tiny and they will bypass the hairy and mucous nose to lodge into the lungs. As these particulates are non-water solvent, they will stay in the lungs, will cause cells to mutate and potentially cancer cells can develop from there. So do take care and keep your children and elderly folks indoors. And wear N95 masks even though it's a short walk from home to car and office.

Please take care everybody!

Forwarded -Please bring a huge umbrella out today.. and avoid rain water at all cost... government is planning to seed the clouds to rain and according to my chemist friend, the rain water is harmful to human skin. So if u see rain falling.. stay indoor and dun rain dance around.

jadi pastikan nnati bila keluar follow the steps yee,,bahaya ni..especially untuk budak2.
pastu kan, bukan tu je, jerebu ni jugak dikaitkan dengan ayat quran dlm surah ad-dukkhan

Dalam Al-Quran, ada satu surah khas menyebut pasal asap/kabut ni dalam surah ke-44, iaitu Surah Ad-Dukhan. Surah ini dinamakan Ad-Dukhan kerana Allah menjadikan asap tebal seperti kabus hitam yang menutupi langit menyebabkan cuaca gelap bagi mempertakuti atau memberi peringatan kepada yang tidak mahu percaya kepada hari kiamat dan pembalasan.

HAZE getting to you? Remember what Allah swt informed us: 'Then watch for the Day when the sky will bring a visible smoke. Covering the people; this is a painful torment.[They will say], "Our Lord, remove from us the torment; indeed, we are believers." (Surah Ad Dukhan 44:10-12)

tengok tu, Allah ada sebut tu dlm quran. jadi camtulah ye

itu saja, yg tgh exam good luck, yg tgh cuti happy holidays. jaga kesihatan ye everibadiii

 

Wednesday, May 29, 2013

THE CUBE " المربع "

video

Tuesday, April 23, 2013

teaser THE CUBE "المربع "

assalamualaikum w.b.t

dek kesibukan mengejar masa untuk jihad di jalan perjuangan ilmu kadangkala terlupa akan tanggungjawab di sini ....

sila klik dan lihat .

video

ni teaser . walaupun belum siap sepenuhnyaa . doakan ye sahabaaatt :)
satu tugasan wajib video filem pendek bahasa arab dengan tema : 10 tahun kemudian

enjoy .

Friday, March 29, 2013

muslims = terrorists , THINK AGAIN


Assalamualaikum,
moh le kita baca, view org luar generally on muslims.
agak kejam, but that is the fact that's happening around us.
what are we gonna to do about it ?
sit around, or lead a new perception ?
think.






I went to the mall, and a little girl called me a terrorist. 

My name is Ela.  I am seventeen years old.  I am not Muslim, but my friend told me about her friend being discriminated against for wearing a hijab.  So I decided to see the discrimination firsthand to get a better understanding of what Muslim women go through. 

My friend and I pinned scarves around our heads, and then we went to the mall.  Normally, vendors try to get us to buy things and ask us to sample a snack.  Clerks usually ask us if we need help, tell us about sales, and smile at us.  Not today.  People, including vendors, clerks, and other shoppers, wouldn’t look at us.  They didn’t talk to us.  They acted like we didn’t exist.  They didn’t want to be caught staring at us, so they didn’t look at all. 

And then, in one store, a girl (who looked about four years old) asked her mom if my friend and I were terrorists.  She wasn’t trying to be mean or anything.  I don’t even think she could have grasped the idea of prejudice.  However, her mother’s response is one I can never forgive or forget.  The mother hushed her child, glared at me, and then took her daughter by the hand and led her out of the store. 

All that because I put a scarf on my head.  Just like that, a mother taught her little girl that being Muslim was evil.  It didn’t matter that I was a nice person.  All that mattered was that I looked different.  That little girl may grow up and teach her children the same thing. 

This experiment gave me a huge wakeup call.  It lasted for only a few hours, so I can’t even begin to imagine how much prejudice Muslim girls go through every day.  It reminded me of something that many people know but rarely remember: the women in hijabs are people, just like all those women out there who aren’t Muslim. 

People of Tumblr, please help me spread this message.  Treat Muslims, Jews, Christians, Buddhists, Hindus, Pagans, Taoists, etc., exactly the way you want to be treated, regardless of what they’re wearing or not wearing, no exceptions.  Reblog this.  Tell your friends.  I don’t know that the world will ever totally wipe out prejudice, but we can try, one blog at a time.  

Tuesday, January 29, 2013

blog lecturer eco saya

kalau ada masa boleh la luangkan masa untuk membaca blog lecturer eco saya. sesungguhnya beliau sangat tabah menghadapi ujian Allah =) http://dinoor.blogspot.com/

tahun ini


ok. harini baru epal menyemak-nyemak nak post something. epal mengaku memang epal pemalas nak menaip2 ni. #tapi twitter n facebook rajen pulak bukak. harini cuti sem 1 bagi epal yang tengah belajar kat uitm kedah. kedah jaaa.. tapi serius la tak best pon kedah tu, rasa semua tempat dah pi sampai tak taw nak pi mana lagi -_-'' tujuan epal cuma satu ja. sebab bosan. HEHE. yang pasti memang merepek2



tahun yang di mana budak2 1993 berumur......

20 tahun ! congratulations !  sapa2 yang belum lagi 20 tahun tahniah la. hehe

masa ni muka budak2. 17 tahun. sekarang dah 20. mesti sume dah besar2

tak taw nak letak gambar apa. -_-'' pakai letak ja

#harap2 belum terlewat nak ucap selamat tahun baru 2013 ! yeay! ingat ! makin meningkat umur kita makin banyak dosa yang kita lakukan. ingat2lah dan selamat beramal ! HEHE

Monday, January 14, 2013

QUOTES OF THE DAY~








did it makes u think?

alamak, macam dah lambat

assalamualaikum uolls

hoho, nampaknye sahabat kita semua sibuk berjuang menghadap exam. lemon pun sama, tp Alhamdulillah lemon dah habis,


- selesai sudah zaman2 ini, utk sem ni baru lahh -

MAKANYA

lemon nak ambillah peluang ini utk ucapkan

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Rata-rata lemon tengok x terasa pun masuk tahun baru, *tahu xpe*
yelaahh kbyknnye tengah sibuk exam, lemon pun malam tu dok study lah ni, study study study study bagai nk gila ni, sekali tengok jam.......

"ohhh, da 2013" , meggeliat sikit, minum air, pastu sambung baca. HAHA



dasar zombie sejati lemon ni kan... OTAKK~~ OTAKK ~ haha




tapi tulah, lemon dengar jugak khabar kawan2 kita yang sambut dengan penuh manfaatnye di masjid shah alam, kat situ ada buat qiam, pastu entah ada ape lagi lemon tak tahu.

okayy, rasa mcm banyak menyimpang, anyways, tidak terlewat untuk kita pasang azam tahun baru,

apa yg kita nak achieve tahun ni
apa yg kita nak improve tahun ni

sekecik-kecik mana pun aim tu, tp bila dah ada aim, naturally kita akan cuba capai, so with Allah's help, inshaAllah boleh mencapai.

tapi tulah kena tulis tau matlamat, aim, azam sume ni, kalau tak tulis, tak nampak, bila tak nampak, tak sedar, bila tak sedar tak buat lee gamaknyee haa

*emm, tapi...... lemon pun x tulis lagi. hehehe.*

jomlah kita tulis sesama yeee ~

so itu jelahhh nak bebel

once again happy new year uolss ~!!!


Wednesday, January 2, 2013

BlogWalking :D

assalamualaikum wbt.



bila selak je blog al-hadi19th terus rasa rindu suasana simpang5 menembak-nembak membuak-buak lagi lagi waktu sekarang. time study week banna otomatik teringat kiwie dgn oren yang kita revise same2 especially subjek bios logos yang dah tentu2 skrg oren tahap master lah kannn subjek tuh. haduiii baru sedarlah dah hampir 3 tahun tinggal simpang5 tapi manis pahit tawar tak penah hilang pastu baru sedar ehh sebenanye dah abes study week lah sekarang tgh exam week and tadi baru selamat lepas satu paper - arabic language II - pastu bole pulak meronggeng blogwalking lah bagai update entry baru lah. cool je okeh sbb korang kan nak doakan banna kannn. doakan banna yeee dpt result mantap sem ni :)

apa kes ni asyik momen2 menyingkap kenangan je. okeyhhh back to the topic. topic entry atas tu tulis blogwalking kannn. sebenanrnye dari semalam jugak pikir nak buat entry baru utk al-hadi19th tapi ide taknak muncul. dah brainwash abes dah. tak cukup dengan delicate dah spin siap buat extra spin lg tp muka sengal senyum sengih mcm kambing jugak yang keluar dlm kotak pemikiran imaginary number (hamboii mention algebra siap) . so, banna pon buat blogwalking carik idea . seronok weh blogwalking rasa mcm makan aiskrim vanilla choc plus kek chocolate indulgence plus cream puff plus pavlova extra fruit plus hot tea. lapar terus banna.

kenapa blogwalking besst?? mula2 baca trivia2 yang mcm tak masuk akal pastu mcm - 'woowww' ' ohhh ye er' ' tak sangka aku' 'ehh nak try lah kira' - dan bagai2 lah kan. its fun. pastu masuk baca blog stok2 dena bahrin irine nadia terus lain pulak expression - 'omaigod sweetnyaa' 'ehh lawanye baju dy' 'alamak mcm rasa nak kawen' - rasa seronok pastu mcm kagum pastu mcm nak tiru style tudung pastu macam2 lah. hahhaa tetibe kelaka.  masuk pulak part baca yang blog yg tazkirah. ingatkan diri dengan allah. time ni banna mcm terus masuk section 'muhasabah diri' - tengok apa aku dah buat hari ini? - teringat mujahid palestin - td blogwalking bace alkisah wanita pertama Turki yg sgt hebat.

Emine Erdogan adalah isteri kpd perdana menteri Turki. dimana wanita bangsawan lain boleh memilih untuk berjalan di kota london tapi wanita ini memilih untuk berjalan di Rohingya sedangkan wanita bangsawan lain ralit berpeluk dan bertemu rakan seangkatan yang sama tapi beliau memilih untuk mendengar masalah wanita tua di rohingya dan berpeluk menenangkannya tanpa memandang perbezaan darjat.

tapi yang paling signifikan dalam blogwalking banna kali ni adalah blog zahiril adzim . part melancong hidup


Bayangkan, kita sedang berada di negara orang. Kita sedang melancong dengan persekitaraan yang terlalu baru dalam hidup kita. Pertama kali mata menyaksikan rupa pandang, orang tempatan, bangunan dan segala - galanya. Kita dibawa melawat ke tempat - tempat menarik, tempat - tempat bersejarah atau tarikan pelancong.

Dengan sebuah bas. Bas pelancong. 

Sekitar kita adalah orang - orang yang tidak sama bahasa dengan kita, dan kalau tidak ada pemandu pelancong, kita bakal sesat. Sesat yang menyukarkan kita untuk kembali pulang menjalankan kehidupan seharian kita.

Bayangkan, kita berhenti di zoo negara itu. Kita lihat haiwan - haiwan yang tak pernah kita lihat. Tak ada di negara kita, dan kita jadi teruja. Kita rancak berbual dengan rakan - rakan atau keluarga, tentang fizikal haiwan itu, bunyian yang dikeluarkan oleh haiwan itu. Habitatnya, tabiatnya. Macam - macam. Kita bual, kita gali informasi tentang haiwan itu. 

Bayangkan, kemudian kita naik bas semula dan dibawa ke muzium pula. Dimana sejarah dan cerita - cerita purba tentang negara itu. Wang lama, pakaian askar lama tentera negara itu. Kita berdiskusi, kita duduk dalam muzium itu memikirkan tentang pelbagai hal yang berkaitan dengan pameran dalam muzium itu. Kita bercanggah pendapat dengan pelancong lain, atau kenalan. Kita cuba dapatkan jawapan tentang sejarah dan barang - barang pameran. 

Dan sekarang, bayangkan. Zoo, Muzium dan tempat - tempat itu semua adalah masalah atau kecelakaan yang menimpa hidup kita. Kita duduk dalam masalah, kita bersedih, kita bergaduh, bercanggah pendapat dan macam - macam dan bas itu pula adalah kehidupan kita yang akan terus bergerak ke tempat - tempat lain. 

Kalau kita terus duduk dalam muzium itu, terlalu memikirkan tentang hal dalam muzium itu,

Bas akan terus bergerak meninggalkan kita. Begitu juga kehidupan.

Yang akan terus bergerak... 


fikir-fikirkan dan selamat beramal :D

            SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2013
   may 2013 make us better than 2012 . let's aiming to achieve Jannah together :) 
.

Sunday, December 30, 2012

I.K.H.T.I.L.A.T


begin with the name of Allah~
bermula dari satu perasaan ingin tahu , terbang ke sana ke sini , akhirnya tersinggah disini 
satu perincian yg menarik pabila dibaca lalu dikongsikan di sini 


“Dan jika kamu menuruti kebanyakkan orang-orang yang dimuka bumi ini,
nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.
Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka & mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)..”
(Al-An’am: 116).

Ikhtilat dalam pergerakan Islam adalah suatu perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap orang yang terlibat secara langsung dalam pergerakan Islam sama ada dia seorang ahli usrah, naqib atau pun masul. Syariat Islam tidak memandang siapa yang memegang jawatan dalam jemaah dalam melaksanakan syariat tersebut.

Perkataan ikhtilat itu pada adatnya bermaksud pergaulan. Di dalam konteks Islam, ikhtilat boleh diertikan sebagai suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki & wanita ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang kepada maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari termasuklah mereka yang berkecimpung dalam pergerakan Islam sendiri. Tambahan pula, kemajuan era teknologi sekarang ini, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki & wanita yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, Friendster & Facebook. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama pemuda pemudi Islam.

Kita juga didedahkan bahawa rukun yang perlu diketahui dalam pergerakan Islam adalah rukun taaruf. Akan tetapi, apa yang membimbangkan kita adalah perhubungan yang dimulakan atas dasar taaruf tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian ilmu & kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Ada juga, kononnya beralasan hendak memahami & mewujudkan keserasian dalam bekerja. Apa yang lebih menakutkan adalah perhubungan tersebut menjadi barah ‘cinta’ walaupun pada zahirnya seakan-akan kita melihat mereka saling mengambil berat (salah guna atas nama usrah). Perkara ini, seolah-olah mencari keredhaan Allah, sedangkan mereka sudah terjerus dalam kemurkaan Allah. Kerana itulah kita perlu memahami konsep sebenar dalam bekerja kerana Allah & batas pergaulan dalam bekerja.


1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya.
(lelaki & perempuan jangan sekali-kali jeling-menjeling dengan tujuan untuk menarik perhatian antara satu sama lain), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat serta nafsu & tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat.

Allah SWT berfirman :
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya & memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya & kemaluannya.”
(An Nuur : 30-31)


Sabda Nabi Muhamad SAW:
“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram..”
Petikan dari:
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud & Tirmidzi.)


2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan.
Sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan & wajah, tidak jarang (tipis) & tidak menampakkan bentuk tubuh.

“Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA..
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita..”

Allah SWT berfirman :
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.”
(An Nuur : 31)

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firman-Nya :
“Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu.”
(Al Ahzab: 59)

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan-perempuan yang lain. Dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian & akhlaknya, pasti akan menghormati & menyeganinya.


“Don’t judge book by its cover..”
Tetapi jika hendak diaplikasikan didalam agama Islam, perlulah dinilai sedalam-dalamnya telebih dahulu.
Ramai diantara kita yang sering beranggapan;

“Hati kami baik walaupun kami tidak menutup aurat..”
“Orang yang solat, belum tentu baik..”
“Orang yang berpuasa belum tentu solat..”
“Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh, belum tentu baiknya..”

TETAPI

Adakah hati itu baik & sihat jika melanggar perintah Allah dengan tidak menutup aurat?
Orang yang solat belum tentu baik? Tetapi ketahuilah bahawa orang yang baik tentu akan solat..
Orang yang puasa belum tentu solat? Tetapi sedarlah bahawa orang yang solat tentu berpuasa..
Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh belum tentu baiknya? Tetapi sudah tentu wanita yang baik & solehah akan menutup auratnya untuk mengelakkan diri dari menjadi anak panah syaitan yang berbahaya..


"You're what you're saying

You're what you're doing.

So, please behave & be yourself because sometimes they need to judge you from your appearance.."


“Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat & menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga & tidak akan mencium baunya..”
Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.)


3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara.
Terutama ketika bermuamalat dengan lelaki:

I) PERCAKAPAN:
Kaum hawa hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang & membangkitkan perasaan kaum Adam. Jangan sesekali kau pancing nafsunya melalui lunaknya suaramu. Mahukah kau kaum Hawa tergolong dikalangan bala tentera Syaitan & Iblis dalam menumpaskan anak cucu Adam a.s?

Allah SWT berfirman:
"Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya & ucapkanlah perkataan yang baik."
(Al Ahzab: 32)

II) BERJALAN:
Allah SWT berfirman :
“..Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”
(An Nuur : 31)

Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firman-Nya :
“Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan dengan malu-malu..”
(Al Qashah :25)

III) PERGERAKAN:
Tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) & tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.


4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya.
Jauhi juga warna-warna terang & terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti..”
Petikan dari:
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii & Ibn Majah.)

"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”
(Hadis Riwayat Abu Musa al-Asy’ari)

Fudhail bin Iyadh Rahimahullah,
Seorang yang alim, soleh, Ahli ilmu & ibadah, 40 tahun tak pernah ia lambat untuk mendapat saaf pertama dalam solat, namun ia mengatakan;
“Sungguh yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita..’


5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki & seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka.
Ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya:

Ingat pesanan Rasullullah s.a.w :
Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani).
Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis..

Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan laknatullah.
Tidak patut membiarkan api & kayu bersama (makin ‘terbakar dengan maraknya’ ia kalau dibiarkan berdua).
Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar & sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berdua-duaan.


6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat.
(contoh: mesyuarat) & perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah & pertarbiyahan bangsa (anak-anak).


7. Menundukkan hati.
Apabila kita berurusan dengan bukan muhrim, kita perlu risaukan kemurkaan Allah Taala. Perbanyakkanlah berdoa semoga urusan dipermudahkan & bebas daripada fitnah. Minta daripada-Nya supaya dipelihara diri dari busur panahan syaitan. Luruskan kembali niatmu buat tiap ketika kerana syaitan itu licik..

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita.
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati yang mempunyai harga diri & takut kepada Ilahi..

Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya yang taat. Kita manusia biasa yang dikurniakan nafsu & cinta. Allah menciptakan rasa cinta & nafsu bersama-sama dengan batas pergaulan buat hamba-hamba Nya kerana Dia tahu apa kelemahan & kekuatan yang terletak tiap pada ciptaan-Nya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal."

Rujukan :
Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi

Dipetik dari :
MUHAMMAD HANIS BIN ABDUL MUTALIB
PISMP PENGAJIAN AGAMA
23 FEBRUARI 2010


p/s : di kopi paste baik punyaaa dari ----->    http://allahseeker.blogspot.com/2012/01/ikhtilat.html

Friday, December 14, 2012

makin dewasa, makin jelas dunia.

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

setelah sekian lama jari ini tidak menari-nari dgn rancaknya di ats papna kekunci, akhirnya hari ni, ada peluang, ada idea, dan ada keinginan nak membebel secara direct dari hati, bukan copy2.

MAKIN DEWASA, MAKIN JELAS DUNIA.

lemon rasa statement ini sgt kena lah dgn lemon dan kwn2 yg maish baru2 lagi menjejak alam universiti ini. KENAPA ?

sewaktu kita sekecil bayi, kita tiada sebarnag persepsi terhadap dunia, bila di usia kanak2, kita hanya lihat pada yg gembira, dan sedih hanya bila sakit atau mak ayah pergi jalan tak ajak. meningkat remaja, kita nampak matlamat hidup, kita rasa nikmat beragama, kita tahu makna kawan dengan hati, dan kita belajar kerana kita mahu.

dan kini, bila dah masuk universiti, kita dpt lihat dengan jelas, pelbagai jenis manusia, keadaan dunia, tugas kita dalam masyarakat dan sebagainya. Nampak x macam mana peta hidup kita makin luas, sebab kita sedar tanggungjawab kita bertambah.



tapi kenapa tanggungjawab kita bertambah adalah persoalannya ?
namun jawapannya sangat mudah, tanggungjawab bertambah kerana kemampuan kita untuk memikul tanggungjawab tersebut juga bertambah. bukan saja kita meningkat umur, tapi kita juga bertambah kematangan.

inilah lumrah hidup, ulasan lebih personal dari lemon is, bila lemon masuk unibesity ni kan, lemon rasa macam banyak lemon tahu, dan bertambah2 persepsi lemon. lemon makin sedar yg kita x boleh judge org mcm mana cara pun. sebab memang semua mesti kelebihan masing2 di mata Allah, inshaAllah. pastunya, makin banyak tanggungjawab sebagai muslim yg lemon sedar lah kat sini. bukannya x tahu selama ni, cumanya kat sini banyak sumber nak tahu, memang ada yg cuba memberitahu, so so semestinya kita tahu. next, lemon nmpk jugak lah pentingnya kawan kat sini, u cannot do things alone easily lah, especially dalam belajar. we need help. lagi satu lemon belajar jadi tabah, lemon sgt3 hyper rindu umi lemon, tapi lemon tak boleh balik selalu. penyedap hati lemon , belajar untuk banggakan umi lillahita'ala.

agaknya kalau panjang umur, apa pulak kita punya view pasal dunia ?

Sunday, November 4, 2012

Pasca PMR 2012 sliss

~free application..menarikkan?..free application~