Friday, July 1, 2011

tafsir yaasin dan huraian~


alhamdulillah selamat dah hantar assingment CTU...

and a lot of thanks to en google....

ustaz zawawi...

n bloggers2 yg share maklumat....


PENDAHULUAN

Surah Yaasin adalah surah ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 83 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah serta diturunkan selepas surah Aj-jin. Surah ini dinamakan Yaasin kerana dimulakan dengan huruf Ya - sin. Sebagaimana, erti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, begitu juga ertinya Yaasin yang terdapat pada permulaan ayat surah ini, iaitu Allah  mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting seperti, Allah bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.
Antara tujuan Allah menurunkan surah Yasin adalah untuk menambahkan keyakinan dan semangat baginda Rasulullah s.a.w. terhadap perjuangannya yang suci itu, khususnya ketika keadaan menjadi semakin mencabar akibat halangan dan tentangan kaum Quraisy terhadapnya kian memuncak dan semakin ganas. Selain itu, tujuan surah ini diturunkan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan umat islam. Kitab suci al-Quran mengandungi 114 surah. Setiap surah mempunyai fadhilat atau kelebihan. Surah Yasin ialah salah satu surah yang mempunyai banyak fadhilatnya. Menurut riwayat yang dikeluarkan oleh al-Tarmizi, Abu Hurairah r.a telah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Bahawa sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada hatinya. Hati al-Quran ialah surah Yasin. Sesungguhnya aku berasa amat sukacita jika surah ini berada di dalam hati setiap umatku.” (al-Tarmizi)


Objektif kajian

1. Dapat memahami erti surah yaasin dengan lebih mendalam lagi.
2. Dapat mengetahui kelebihan membaca surah yaasin
3. Dapat mengetahui tafsir surah yaasin dari segi perspektif sains.
4. Dapat mendalami sejarah surah yaasin.
5. Meningkatkan ilmu pengetahuan alquran dan as-sunnah.


KELEBIHAN SURAH YAASIN

Antara kelebihan membaca surah yaasin :-
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: 
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan",
iaitu:
 
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
 2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
 3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
 4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
 5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
 6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
 7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
 8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia,Allah meringankan siksanya.
 9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
 10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. 
 11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
 12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
 13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan
dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
  
KAJIAN SURAH YAASIN
SURAH YAASIN DARI AYAT KE 78-79 DAN PENJELASANNYA

ALLAH BERKUASA MENGHIDUPKAN SEMULA DAN MEMATIKAN MANUSIA.

MAKSUDNYA :-
Seorang lelaki yang mencabar engkau, Kami sebutkan sebagai contoh. Dia bertanya kepada engkau, “siapakah yang sanggup menghidupkan kembali tulang yang reput ini? “ ( 78 )
Jawablah! “yang akan menghidupkan kelak ialah tuhan yang menciptakannya sejak peringkat awal dahulu kerana DIa Maha Mengetahui tentang keadaan makhluk yang diciptakan-Nya itu”(79)
PENJELASAN AYAT :-
          Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Mujahid,Ikrimah, ‘Urwah ibnu zubair dan al-suddi berkata bahawa pada suatu ketika Ubai ibnu Khalaf datang kepada nabi Muhammad s.a.w sambil membawa bersama beberapa ketul tulang orang mati dari sebuah kubur lama.



Dia bertanya kepada nabi :
Maksudnya : “wahai muhammad ! adakah engkau menyangka bahawa Allah boleh menghidupkan kami setelah kami semua menjadi tulang yang reput seperti ini? “


Sambil itu dia mematah-matahkan tulang-tulang tersebut untuk tujuan menghina dan memperolokkan baginda. Melihat telatahnya yang tidak bersopan itu baginda menjawab :
Maksudnya : “ ya allah akan tetap membangkitkan kamu semula dan selepas itu Dia akan mencampakkan kamu ke dalam neraka “
Walaupon allah sentiasa berpesan kepada nabi muhammad s.a.w supaya tidak bercakap kasar dengan orang yang bertutur dengannya,namun dalam keadaan tertentu,baginda dibenarkan bercakap kasar dengan mereka.


 PENUTUP
Surah Yaasin diturunkan selepas surah Jin, iaitu selepas
kembalinya Rasulullah s.a.w dari Taif.Di taif, baginda menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan hingga tidak mampu lagi untuk melakukan apa-apa melainkan berdoa memohon pertolongan dari Allah. Hasil dari doa tersebut baginda digembirakan oleh Allah dengan turunnya wahyu dalam perjalanan pulang ke Mekah ketika singgah di Nakhlah.Wahyu yang diterima oleh rasulullah terkandung dalam surah yaasin yang mempunyai 83 ayat dan mengandungi pelbagai pengajaran. Sekiranya dihayati sudah pasti banyak kemajuan yang dapat dicapai dalam hidup ini kerana mesejnya sangat jelas. Antaranya ialah supaya kita dapat memantapkan iman terhadap ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ajaran ini adalah ajaran agama Allah yang terakhir diturunkan untuk seluruh umat manusia.Oleh hal yang demikian, kita seharusnya mengambil iktibar dari setiap pangajaran ayat dan bersyukur kepada Allah. Kita juga perlu meningkatkan keimanan kepada allah agar menjadi mukmin yang soleh dan solehah berteraskan al quran dan as-sunnah.

hope kita sama2 bley rujuk...wallahualam~

9 comments:

Suhailah Kahar said...

sgt bermanfaat...

funny_hani93 said...

thnks share...:)
klo ade lg,,letak la..hehe

Anonymous said...

salam..boleh sy tau buku2 apa yg awk gunakan utk membuat rujukan ttg assignment huraian surah yasin nie?

LaDyMaN said...

salam,
mna dpt artikel ini ya..
boleh share bsama x?
coz sye ad tugasan mngenai setiap ayat yg ad pada surah yasin ini..
sekian,

shakirah said...

nak share bole saja, psl rujukan tu, sy kena tny dulu pnulisnye lah dr mane dia amek. dia yg post ni.

Fath~ said...

sori sebab lambat...~~ saya dapat dari ustaz zawawi punya website...insyaallah kalau sy jumpa balik link nye saya postkan disini

Fath~ said...

http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2009/12/tafsir-surah-Yaasin.pdf

Fath~ said...

boleh copy n paste ea link tadi kat browser

Anonymous said...

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang...adakah hadis yang mengatakan sedemikian. Mintak tunjukkan hadis tersebut.