Thursday, December 10, 2009

Kesengsaraan di Padang Mahsyar

Ketika tengah sibuk kemas rumah pagi tadi..(ehem)..sye smpat lagi loading page iLuvIslam kejap..kot2 bolehla tengok pengisian rohani untuk pagi yang bahgia ni...n jumpa satu petikan hadis yang tajuknya pun dah cukup menggerunkan bagi saya...
Hadis berbunyi:

Rasulullah s.a.w bersabda: "Didekatkan matahari pada hari kiamat kepada makhluk-makhluk sehingga matahari itu menjadi dekat kepada mereka sejarak satu mil; maka pada saat itu manusia berada dalam peluh masing-masing mengikut kadar amal jahatnya; ada di antara mereka yang peluhnya sampai ke mata kakinya, ada yang sampai ke lututnya, ada yang sampai ke pinggangnya, dan ada yang sampai peluhnya masuk ke mulutnya".
Miqdad bin al-Aswad r.a

Kesengsaraan di padang mahsyar

Daripada hadis di atas,Rasulullah S.A.W telahpun menggambakan kepada kita betapa dahsyatnye keadaan semasa di padang mahsyar tu..matahari punya la dekat..kate ustazah,sejengkal je..huuu..kalau yang sejauh berbillion2 ribu cahaya ni pun dah rase panas sampai boleh haus time baru mlangkah kaki keluar rumah,,inikan pula dkat padang mahsyar nanti..dan peluh yang dikeluarkan akibat kepanasan itu,ada yang sampai banjir di dalamnya!..Nauzubillahiminzalik,kita taknak la tergolong dalam golongan yang lemas disebabkan peluh sndiri kan..


bayangkan matahari ni sejengkal dari kita!



Ni ade lagi cerita pasal keadaan di padang mahsyar ni,dipetik dari artikel dalam blog http://k1m1.wordpress.com/2006/10/04/barisan-di-padang-mahsyar/
bolehlah same2 klik link ni untuk huraian lanjut

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya:


“Wahai Rasullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah saw:

“Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” -(Surah an-Naba’:18) Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,

dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri…
Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
” Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya,
dan tempat kembali mereka adalah neraka…”BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan.
Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih:
“Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat,
maka inilah balasannya,
dan tempat kembalinya adalah neraka…”BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
“Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya,
dan tempat kembali mereka adalah neraka..”BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya,
dan tempat mereka adalah neraka..”BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia,
tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya,
dan tempat kembali mereka adalah neraka…”BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya,
dan tempat kembali mereka adalah neraka..”BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
“Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya,
dan tempat kembali mereka adalah neraka…”BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas.
” Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya,
dan tempat kembali mereka adalah neraka..”BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru ,
sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
” Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya,
dan tempat kembali mereka adalah neraka…”BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.
“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya,
dan tempat kembali mereka adalah neraka..”BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan,
bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut,
dan keluar beraneka kotoran.
“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya,
dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama.
Mereka melalui titian sirat seperti kilat.

Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

“Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik.
Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu,
ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya,
dan tempat kembali mereka adalah syurga,
mendapat keampunan, kasih sayang, dan keredhaan Allah yang maha pengasih…”


Secara overallnye,kiwi nak bagi view sket ar..sebenarnya kita selalu terkandas dalam orang2 yang berada dalam barisan yang ke 2,5,6,dan 7..Rase sedih la pulak..isk3..
Barisan kedua menempatkan orang2 yang meringankan solat..dalam kes ni,kiwi nak highlightkan term  "MERINGANKAN" tu..ia meringankan,bukan meninggalkan kan..ex cam melambat2kan solat,gitu la..
isk2..mende nila yang sllu kita terleke..xbeware pun..kadang2 tgok tv cte hindustanla kartunla,sampai abes cte baru solat kan..kne muhasabah diri balik kalau taknak msuk dalam barisan ni..


Then,barisan ke 5 ade  mnempatkan orang2 yang menyembunyikan perlakuan jahatnya kepada manusia,tapi bukan kepada Allah..kirenye cam buat jahat tu,taut balasan manusia je,..asal orang tak nmpak,buat je~...tapi kita jangan lupa,He knows everything,right...Kadang2 tu slalu je buat..kat hostel la terutamanya..haha..
Astagfirullah...
Barisan ke 6 pulak terdiri dari orang2 yang membuat saksi palsu,yang ke-7 pula untuk orang2 yang menyembunyikan kebenaran..ha...ni satu lagi kebiasaan antara kawan..mentang2 nak bela kawan,taknak bagi dy kene marah ngan cikgu dan seumpama dengannye la,saje je gebang2 nak backup kawan..almaklumla,sayang kawan kan~...padahal,sebenarnya dy tak sedar yang dy telah menipu semata2 demi kawan yang buat salah tu...menipu kepada cikgu,kawan2 lain dan menyebabkan kawan yang dibela itu tidak kesal akan perbuatannya..

Kesimpulannya,

Di barisan manakah kita berada??Smoga kita sama2 berusaha untuk mendapat barisan yang ke-12,iatu bersama orang2 yang soleh dan mendapat keredhaan-Nya,di dunia mahupun di akhirat,dan mati dalam iman itu adalah sesuatu yang amat membahagiakan..bukan senang,jika tiada rahmat dan kasih-Nya,kan?








No comments: