Assalamualaikum :)
hai. oren's comebackk!
Lama sudah tidak meninggalkan kalam di sini (hoho bajet sibuk macam vip). Buat sesiapa khususnya para pembaca al-hadi19th yang lupa, hai sayalah oren_bulat merangkap pemegang nama kiwi_baek satu masa dahulu. Okeh, tetiba rasa sedih.
Kini saya terus oren. Haha.
Al-hadi19th team secara tak rasminya bermula sejak zaman sekolah dahulu, tercetus daripada perbualan gedik-gedik saja kiwi dengan oren dalam bilik prep tepi koperasi asrama aspuri ketika itu. Pada ketika itu kiwi dan oren sama-sama bercadang untuk menggerakkan sebuah blog yang memuatkan cerita-cerita suka suki kami sepanjang bergelar seorang pelajar di SLISS. Dan ada juga beberapa motif lain, tapi lupe. Haha.
kiwi sedap
Pada waktu mula-mula ni, macam macam cerita kelakar timbul. Antaranya tentang pemilihan nama blog, interface blog dan jadual hupdate yang agak kucar-kacir kerana kami masih dalam tempoh berasrama. Jadi sukar bagi kami nak cari masa yang best untuk buat semuanya secara terurus. Tapi, masa tu oren(kiwi sekarang) sangat-sangatlah bersemangat hingga dia sanggup ke sana ke mari stay up malam-malam untuk menjadikan blog kami sehebat ini.
Sampai macam-macam cybercafe kami terjah tau demi internet.
Haih, zaman muda-muda memang kuat. Haha
interface pertama
Semakin lama, kami merasakan keperluan kepada author tambahan yang dikalangan rakan-rakan kami sendiri; maka beberapa author buah baru perencak perjalanan al-hadi19th pun muncul semasa awal-awal bulan dua tahun 2010. Mereka adalah yang terpilih selepas disenarai pendek-kan oleh pengetua oren sendiri (sekarang dikenali sbg kiwi). Disana la nama lemon~* , apple dan banana muncul!
buah buah baru segar mali, lemon si budak cun
sampai sekarang oren tak tau yang si apple ni merah or hijau
literally called banna; beliau memang pencinta pishang
Masa ni, blog al-hadi19th jadi semakin bergerak, alhamdulillah berkat paduan dan sokongan mereka-mereka yang bersemangat menyumbang idea dan mencoret buat tatapan pembaca. Plus, masa tu fungsi blog sebagai media sebaran maklumat batch+port tulih cerita ceriti pasal kami agak berjalan sebab kami dah Form 5, kan. Banyak perkara berlaku, dan banyak kerja rumah yang perlu dibincang bersama secara maya.
Masa tu, ada pembahagian tugas, unit reporter khas, jurugambar dan lain-lain.
(Okey, bunyi gempak. Haha)
Kemudian, masa itu tiba. SPM.
Dan kini, kami berlima telah berpisah. Masing-masing membawa haluan tersendiri, meneruskan cita-cita dan impian. Bertarung dengan kehidupan luar; menghadapi realiti hidup sebagai mahasiswi, setelah lima tahun bergelak ketawa bersama-sama di bumi simpang lima.
Ingat lagi masa sembang-sembang dengan kiwi dalam bilik prep tepi koop tu, dua tahun lepas.
'Kiki (bukan nama sebenar) pergi disneyland china dengan mak dia wehh. Aku pun nak pergi jugak' (jeles)
'Takpe, nanti besar lagi lima tahun ke, kita pergi jugak. Amek yang grand sikit. Disneyland Hollywood!'
'Hehe, nakkkk! Jom! Bia bagi si kiki jelesssss'
'Kikikikikikikiki~~~'
Gelak sama-sama. Dan begitulah kisah hollywood disneyland tu muncul.
(tak sangka pulak setahun lepas tu, si kiki bukan nama sebenar tu masuk team kami sebagai lemon. Maka beliau pun terjoin lah rancangan ke hollywood tersebut. )
Oh, saya sayang team buah saya. Mereka sangat osem gojes.
Dan kini, setelah habis SPM, al-hadi19th menyaksikan pertambahan krew yang juga haibat osem yakni buah sedap miss ciku cika, ceri, mango_cream, nona_nano (err, nama makin gojes nampaknya.)
Weheee, kamilah family buah!
ciku! oren tak pernah makan buah ni. ciku si osem
masa kecik-kecik oren selalu kutip ceri rumah jiran. Hoho.
ceri sekarang kat bumi jordan :)
oihh habih terliuq la hang tengok buah ni. mango budak kecik
nona. teringin nak interview tuan punya nama,
dari mana dapat ilham nama buah ni.
Sekian sahaja tribute buah. Oren sangat mengharapkan untuk mendengar cerita manis masam pahit tawar tentang batch19 yang best tu. Tentang pengalaman korang, kat mana korang. Serius oren sangat rindu dengan zaman sekolah dulu. Memang itulah tempoh terbaik yang penuh kenangan.
Kadang-kadang oren rasa macam seronoknya la kalau dapat universiti sama or dekat-dekat dengan korang. Haha, tapi tak boleh juga. Dunia ni luas lagi. Ramai lagi yang kita perlu jumpa, banyak lagi tempat yang kita perlu jejak, beribu lagi pengalaman yang kita kena timba.
Well, life kan is an experiment. Makin banyak awak repeat, makin mahir la awak buat experiment tu.
Makin banyak awak gagal, (erk) dan bangkit semula, makin hebat lah jiwa awak.
Sifir mudah.
Sekian dari oren yang dah lama tak mencoret :) Rindu gegerl buah :)
Oh, ha. Gambar terakhir---->
ramai kan author kami :)
Stay tuned with us!
Salam perjuangan,
Oren
oh haa, oren tengah final exam ni. Doakan najah!
7 comments:
oh i love u oren! sgt terharu, btw, sgt nmpk la sape kiki tu kan ? hahahah
alaaaa rindunyeee kat oren , serius smpai skrg ak keliru mane satu kiwie ngn oren . hahaha
actnye pembetulan.. oren dan kiwi dulunya adalah pengetua bersama.... sebenarnya tribute to oren_bulat jugak coz byk berusaha and bg sumbangan untk blog ni...
seyes rinduu sgt...*nostalgia btul korg ni* tq lah oren coz ingatkn kiwi impian 2...
and oren...? sedeh ke... jom lah tuka name balik.. memandgkan ak pon obses dgn buah oren
hehe..
bagus2. terus membina dgn tribute2 menarik macam ni.
err..
rajin la oren buat entri time exam. bittaufiq ye~
yuhuuu. ahaks (gedik lagi). rindu gegerl buah sekalian. Nanti kte gi hangout sesame nak? *bunyi sumpah gedik*
lemon: wahaaa..kikiki
banna: memang ktorang saje nak bg org kompius
kiwi: aha, mmg ko bekas pengetua dulu. tp skrg kte sume ketua! hoho ;P
bia ak hold dulu aa name oren ni. jap lagi kte switch lg (saje nak bg org kmpius)
ciku: exam=stress. mudah bukan sebabnya? haha.
insyaAllah mari kte memperhebat entri dengan cerita2 menarik; yg mampu membuka hati dan minda pembaca. YOSH!
nak jugakkk....!!
marilah interview saya yg agak free nie..^_^
Post a Comment