Sunday, August 28, 2011

SECEBIS KASIH SYG UNTUK ANAK-ANAK YATIM~

assalamualaikum....

semoga korg sentiasa sihat~ ( dah macam surat x rasmi plak...)
lagi-lagi nk raya ni...jaga lah diri anda...keluarga anda..anak2 anda...serta adik2 anda....hehe


jom baca sambil dengar lagu ni....klik play ok...

minggu lepas alhamdulillah kiwi diberi peluang melihat dunia luar dan mencari pengalaman baru 
di rumah anak yatim asnaf murni dekat seremban...
dan alhamdulillah kami kelab sahabat uitm negeri9 berpeluang berjumpa dan mengadakan program sehari bersama mereka...
( kiwi join je )

kiwi difahamkan rumah amal asnaf murni ni jugak membela nasib org2 miskin...ibu tunggal dan orang kurang upaya....semoga mereka mendapat ganjaran yg setimpal...insyaallah~

lingkungan umur diorg ni dlam 4 - 18 tahun....sedih jugak kiwi mengenang kan diorang yg kecik-kecik lagi dah merasa pahitnya tanpa seorang ibu dan ayah.... 

dekat sana adik2 ni dipecahkan dalam beberapa group...kucing..monyet..burung..apa lg yerr???
then diorang join lah aktiviti berkumpulan ni yg termasuklah...sukaneka...LDK...yg bertujuan nk bagi mereka sentiasa confident dengan diri mereka....dan boleh menjadi orang yg berjaya...


aim kami sepanjang berada di sini jugak adalah untuk menggembirakan hati mereka sampai mereka xterasa kosong lagi-lagi nk dekat aidilfitri ni....

dan kami juga berpeluang berbuka puasa ngan diorang...
dan mereka jugaklah yg melaungkan azan ketika waktu berbuka... time tu... mmg rasa terharu sgt...
sebab diorg kecik lagi..tp mungkin fikiran diorang lebih matang dari kita...

dan kitorg sempat jugak menyampaikan sumbangan seperti alat tulis dan baju-baju terpakai...
 



dalam pukul 11 malam kitorg pon bersiap sedia nk balik kolej..time ni ketua program bg amanah terakhir kat kami..." saya nk semua akak2 dan abang2 sebelum balik ni..usap kepala mereka... bagilah sebanyak mana kasih syg kepada mereka" saat ni tuhan je yg tau betapa haru nye perasaan kami...

dan yg paling mengharukan time kami nk balik...mereka kejar bas kitorang sampai ke tepi jalan besar....
ya Allah... dah rasa sayang pulak kat budak2 tu...yelah..seharian melayan ragam budak-budak ni...

kawan-kawan semua.... kalau diajukan soalan kepada mereka yg tiada ibu dan ayah ni....
"dalam byk-byk bende yg anda nak...ape yg paling anda nk buat"
pasti jawapan mereka adlah untuk bertemu dan menghilangkan rindu dengan ibu bapa tersayang...
dan pasti jawapan mereka adalah untuk mencium pipi dan tangan kedua ibu....

sesungguhnya kita sangat bertuah kerana masih ada ayah dan ibu...
tp kita selalu terlupa akan ada nya mereka....
kita selalu membelakangkan mereka...
kita selalu ingkar nasihat dan kata-kata mereka...
dan kita selalu sgt terlupa nk bertanya khabar mereka....

sungguh kita belum rasa lagi bangaimana rasa anak-anak ini melalui hidup mereka dan masa depan mereka tanpa sokongan padu dari seorang ibu bapa dan keluarga....
tp...adakah  kita perlu tunggu masa itu sampai untuk kita sedar dan menyesal...

sumpah!! kalau diberikan peluang oleh ALLAH untuk melakukan sesuatu dengan izinnya...
 apa yg anak-anak yatim ni akan pinta...bukan lah duit..material... kekayaan...
tapi mereka akan mintak kasih syg dari seorang ibu..
dan kasih sayang dari seorang bapa...

"Bukanlah yatim piatu itu semata-mata tiada ayah dan ibu.Tetapi yatim piatu yang hakiki itu tidak ada iman dan ilmu.Tidak ada ayah dan ibu bukan satu kesalahan .Itu sudah takdir tuhan yang esa."

jadi kita yg masih beruntung....xsalah kalau kita pergi jenguk ibu kat dapur...jenguk ayah kat ruang tamu...
pergi borak-borak dengan diorang...dan ubah sikap kita...
xpenah lagi kita dengar seorang ank benci dan menyampah kepada ibu bapa and ibu bapa pon x pernah benci kat anak-anak2... marah mana pon diorang...pasti ada rasa sayang nye...

kita sebagai anak....sekali sekala cuba bersaba dengan ibu bapa kita..
kalau dikenang balik...diorang lg byk bersabar dari kita,,,
yg blum balik kg lagi...
telefon lah mak dan ayah...
jangan buat diorang risau dan susah hati dengan keadaan kita...

dan bagi mereka yg tiada ibu bapa dan terbaca entri ni,,,
la tahzan...sesungguhnya anda lah orang yg paling beruntung di dunia ni kerana xperlu membuat dosa kepada mereka yg sgt berjasa dalam hidup kita...
xperlulah anda bersedih kerana kalau ibu bapa kita boleh bangkit semula dari matinya...
pasti mereka juga melarang kita untuk menangisi pemergian mereka...
banyak-banyak lah berdoa kepada tuhan dalam setiap kali solat dan melakukan amal kebaikan...
sedekahkan pahala kita yg baik untuk mereka...
insyaallah suatu hari nanti kita akan redha dengan ketentuannya..
doakan kesejahteraan mereka di di dalam kubur dan digolongkan dlm org beriman..
sesungguhnya mati nya seorang anak adam hanya meninggalkan 3 perkara...
dan salah satu darinya adalah anak yg soleh/solehah dan mendoakan ibu dan bapanya...

akhirulkalam.....


selamat menyambut aidilfitri~~


ni no akaun rumah anak yatim asnaf murni...
kalau ada apa2 or nk hulurkan bantuan sgt2 lah dialu-alukan



Tel: 06-6014040
Encik Muhd : 012-2793598
Puan Rohaya: 018-9093210 
Asnaf Murni
No. Akaun: 562759105064

Emel:
Badanamalasnafmurni@gmail.com


No comments: