Thursday, April 14, 2011

promote Jemari Seni

Assalamualaikum readers :)

Adakah anda merupakan novel-maniac? Jadi ini adalah BERITA BAIK untuk anda..terutama peminat2 novel hlovate macam oren ni.. Pesta Buku Antarabangsa KL akan diadakan pada 22 April 2011 ini di tempat biase--> PWTC. about 8 days left. Lets countdowning together eh..haha. Dan JS ada promosi menarik untuk book fair kali ni!


12 April 2011
Lagi 10 hari lagi
ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

Assalamualaikum,

Antara sirih beradat pinang
Tempat di mana sembah berlalu

Ini mungkin 7 SOALAN FAQ yang mungkin menjadi persoalan sebelum anda melangkah ke Gerai Jemari Seni nanti? Biarlah Kak Nila memberi jawapannya sekali gus.
1.    Apa yang JS akan jual di PBAKL ke-30 (Dewan Tun Hussein Onn, PWTC)?
Semua buku terbitan Jemari Seni sejak Oktober 2006 (Percayalah… oleh Ruby Hazri) sehinggalah buku pracetak Mei 2011 (Baju Melayu Hijau Serindit – oleh Syud  danContengan Jalanan – oleh Hlovate). 

Semua novel terbitan JS Adiwarna yakni Siri Buat Orang Muda (genre apa pun, hanya RM10 sebuah) dan Novel Si Manis 17 (tebal bagaimanapun hanyar RM14 sebuah).

2.    Berapa diskaunnya?
Diskaun untuk novel Jemari Seni Sdn. Bhd. bermula dengan… 
(a)    20% untuk buku-buku terbitan 2011 
(b)    30% untuk buku-buku terbitan 2006-2010
(c)    40% untuk ‘tawaran istimewa’
(d)    25% untuk buku-buku  seperti di (a) kalau anda memilik baucar (sila tanya Saudara Soleh Ismail untuk dapatkan baucar – yang terhad itu)

Flyers_PBAKL2011


3.    Di mana letaknya Gerai JS
Di tingkat bawah dewan yang bertentangan dengan kaunter informasi iaitu Dewan Tun Hussein Onn. Dalam tu ada Gerai PTS dan Gerai Ana Muslim
Gerai JS terletak di muka pintu dewan itu. Okey tak maklumat Kak Nila ini. Mana lebih bagus, maklumat GPS atau Kak Nila? 

4.    Siapa penulis yang ada untuk sesi tandatangan?
Sila semak jadual penulis.

Tolong jangan tanya penulis yang tak ada dalam senarai ini datang ke tidak? Sebab JS selalu mempelawa semuanya datang, tetapi hanya penulis yang buat keputusan untuk datang atau tidak. Mungkin tahun ini mereka berhalangan, insya-Allah boleh jumpa mereka pada tahun-tahun akan datang. 

5.    Ada token tak? Bagaimana hendak mendapatkannya?
ADA. ADA. ADA.
Cenderahati Jemari Seni berupa (sila lihat gambar): 
(a)    Beg Bergaya ini hanya untuk pembelian TIGA buah Novel JS terbitan tahun 2011 sahaja. Hendak tahu fasal novel-novel keluaran 2001? Baca Buletin 2 - Kenapa Waswas untuk Membeli Tulisan Penulis Baharu?


BAG-Front_2011_-_w


(b)    Kipas Berlagak ini untuk pembelian TIGA buah buku SI MANIS 17

Kipas


(c)    Dan sekiranya anda membeli sampai EMPAT buku SI MANIS 17 selain daripada mendapat Kipas Berlagak (sebenarnya Kipas Hikmat, tau) anda juga akan mendapatBeg Bergaya juga.


KipasBAG-Back-2011-w


6.    Stok cukup atau tidak?
Soalan ini Kak Nila tiada jawapannya. Sebab rezeki itu datangnya daripada Allah. Maka Dialah yang membuka hati-hati pembaca untuk membeli. Namun sebagai penerbit, insya-Allah JS sudah mencetak mengikut kemampuan rancangan kami sebagai hamba Allah. Sesungguhnya Dia yang mengatur sesuatu.

Saranan Kak Nila: Datanglah membeli awal-awal ya; insya-Allah kes stok habis boleh diatasi.


7.    Ada aktiviti apa-apa tak?
Aktiviti apa yang ada selain daripada sesi autograf penulis – sesi pembaca bertemu penulis? Hmmm… ada,
(a)    Oh, ada Klinik Penulis – sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis boleh sahaja bertanya-tanya. Nanti Kak Nila perinci dalam buletin akan datang.
(b)    Ada sesi Kuiz Trivia – iaitu kuiz untuk orang muda berumur  6-14 tahun. Soalannya mudah, dan hadiah berupa sebuah buku JS Adiwarna.
(c)    Pada yang ingin jadi wakil ‘jualan langsung’ (bukan MLM) – sesi Kaunter JS sedia menjawab segala persoalan anda.

sharing is caring :)

No comments:

~free application..menarikkan?..free application~