Thursday, April 21, 2011

IKHLAS MENENANGKAN JIWA...INDAHNYE IKHLAS~~


assalamualaikum...
hari ni kiwi nak cerita how the sifat ikhlas sgt2 mempengaruhi hidup...coz...mende ni selalu terjadi kat kite...dari kecik sampailah besar... cube amik masa 60saat bace artikel  ni jap...nanti korang mesti faham n realize how wondeful the ikhlas is it...

Sewaktu di sekolah menengah, seorang pelajar baru bernama Aminah pindah ke sekolah saya yang majoriti pelajarnya berbangsa Cina dan Melayu. Sepertimana di sekolah lain, setiap bulan kami menduduki ujian bulanan untuk setiap subjek. Pelajar Cina terkenal cemerlang dalam beberapa subjek tertentu, pelajar Melayu pula cemerlang dalam subjek lain, manakala yang India pula lain ceritanya.
Bagaimanapun, satu subjek di mana pelajar Cina dan India sentiasa menewaskan pelajar Melayu ialah Bahasa Inggeris. Ini kerana, ramai daripada pelajar Cina dan India ibubapanya berpendidikan tinggi dan bercakap dalam Bahasa Inggeris di rumah. Malah, ramai yang ada tutor persendirian pula.
Entah macam mana, dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan Lima, saya mendapat markah yang tinggi dalam Bahasa Inggeris. Saya pun apa lagi, terasa bangga dan menunjukkannya kepada Aminah. Namun reaksinya menghairankan saya. "Wow! Alhamdulillah, Jam. Awak kalahkan semua pelajar lain!" Saya terpegun sejenak dan terfikir, "Dia gembira kerana saya?" Tapi paling memeranjatkan saya ialah bila dia menunjukkan pula kepada saya kertas ujiannya sendiri. Markahnya lebih rendah daripada saya. Terpempan saya dibuatnya. Bagaimana boleh dia bergembira sedangkan yang mendapat markah tinggi saya, bukannya dia?
Saat itu saya sedar bahawa dialah kawan sejati yang amat sukar ditemui. Sejak itu, saya amat menyayangi dan menghormatinya sebagai seorang rakan. Buat diri saya, inilah pengajaran tentang pentingnya IKHLAS, bagaimana sepatutnya seorang insan yang ikhlas harus berkelakuan kepada orang lain. Ia sesuatu yang baru untuk diri saya. Selama ini saya menyangka, sikap dengki, iri hati dan cemburu bila orang lain melebihi diri kita adalah kelaziman di dunia ini. Alangkah bersyukurnya saya kerana dipertemukan dengan sahabat yang hatinya semulia dia.
(sumber : i luv islam )

DAH BACE DAH...WELL...TIME SEKOLAH..TIME BEKERJA...TIME APE2 TIME LAH...MESTI SELALU KITE TGOK SITUASI KAWAN KITA LEBIH HEBAT ATAUPON DIE YG LEBIH HEBAT....TP..KAT SINI KIWI NAK CERITA
PASAL SITUASI KAWAN KITA YG BERJAYA...
XKESAHLA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN KE...KERJA KE...BERJAYE NEK PANGKAT KE..BERJAYE LEPAS LESEN
KE... SEBAGAI CONTOH..PEPERIKSAAN SPM BARU2 NI...
MESTI ADE DIANTARA KAWAN2 BAIK ANDA YG TELAH ANDA MENGIKRAR JANJI INSYAALLAH BERJAYA BERSAMA2...?? TETAPI SEBALIKNYA YG BERLAKU...DI MANA KAWAN ANDA YG LEBIH BERJAYA DARI ANDA...(REZEKI DIE)..SEDANGKAN ANDA MERUPAKAN ANTARA ORG YG HEBAT....oleh itu...kawan2..dalam situasi ni.... ikhlas kan lah hati menerima ujian allah dan turut sama2 bergembira dengan kejayaan kawan kita... percaya x?? kalau korang puji dan mengucapkan tahniah... dan turut sama2 bergembira dengan mereka...of course allah akn tenangkan hati dan rase redha itu akan turun ke hati.... dan insyaallah melahirkan rasa tenang yg allah saja yg tahu...
kesedihan itu xselamanya kawan2..kerana yg kekal itu hanya lah keyakinan kepada ya rabbi~~...

"Bila anda mengharapkan cinta, kasih sayang, pujian, kejayaan, kegembiraan dan pengiktirafan daripada insan lain, anda akan putus asa. Satu-satunya cara untuk anda menikmati hidup yang tenang dan penuh makna ialah dengan meletakkan harapan semata-mata kepada Allah. Di dalam Al-Quran Allah berfirman: 'Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.' Surah Ar-Ra'd: 28.'"

ni lah bukti nya kawan2...hasbunallahu wani'mal
wakil..

tahniah kepada anda yang berjaya...tetapi jangan lah anda lupa kepada yg maha pencipta dan sahabat2 di sisi anda..kerana saya yakin sekali..mereka juga amat memerlukan sokongan anda..ibu bapa juga perlu
menyokong anak2 anda..kerana mereka juga mencuba untuk memberikan yang terbaek hanya untuk anda...

DI SALAH SEBUAH SEKOLAH CEMERLANG DI DAERAH SABAK BERNAM~~
wallahualam~

7 comments:

Husna As Saedah :) said...

ikhlas tu satu yg sgt subjektif.. x sume org boleh ikhlas dgn seikhlas-ikhlasnyer..sejujurnya kadang2 ak sendiri susah ikhlas dlm ape yg ak lakukan.. ak wat sesuatu x der keikhlasan..kesannyer wlpon berjaya melakukan sesuatu ak ttp x rase happy.. tertarik ngan ayat yg kiwi pos tu hasbunallahuwani'malwakil...cukup la Allah sbgi wakil kte.. mmg itu lah satu2nye ayat yg ak amalkan ble nk crk keikhlasan lillah.. hamdalah..manisnye sesuatu kerana keikhlasan (",)

shakirah said...

thx kiwi, this is great, boleh x buat post explain lebih mendalam pulak tentang ayat HASBUNALLAHUWANI'MALWAKIL,?

Fath~ said...

hahahaha...~~
uhasbunallahuwani'mal wakil...
memang btul xhepi=sedih...tp...sedih tu lah kan yg membawa kita kembali beristigfar kepada allah n kembali merenung diri..(untuk tuan empunye diri jgak..) kalau xsedih...kite xtau ape maknenyerr kehidupan..~~ great experience may teach human to be a great muslim~~ insyaallah..nanti ak ce tgok mane2 pasal hasbunallahu wa ni'mal wakil lak yerrr...insyaallah~

Fath~ said...

*hasbunallahuwani'mal wakil... salah eje lak..

Husna As Saedah :) said...

hasbunallahuwani'malwakil satu amalan yg sgt baik diamalkan.. contoh macam ak ni nk g amek tes jpj..pastu mlm tu ak berteleku lps wudhu'..dlm hati btul2 ingat Allah je yg akn bantu ak..tak der org lain o makhluk lain..o hamba lain yg dapat bantu ak..kne yakin betul2 yg Allah je sbgi wakil yg akn tlg n bantu kite hambanyer.bce ayat ni HASBUNALLAHWA'NI'MALWAKIL,, NI'MAL MAULAWANI'MANNASIR..400X..n the result??haha..sgt berhasil wlpon ak ni la plg bangang time latihan..haha.. cam tu jugak time exam..time dri ni dilanda down sedownn2nye..ni la ayat syifa Allah yg akan bantu kite..

p/s..ni pengalaman ak..serah kt Allah segalanya..allah akn bantu.. wlpon ak yg benngap ni pon Allah ttp bantu..sbb Allah adiol kat sume makhluk yg dy cipta..

moga beri manfaat~~(",)

shakirah said...

thanks una~ sangat bermakna,, n inshaallah akan diamalkan, korg ni memang kawan2 yg baik sgt2!! tharu~

Fath~ said...

thnks una..maklumatyg best~~