Sunday, July 1, 2012

Islam Ibarat Kereta Api

Assalamualaikum...

Hari ni ana nak bagitau kenapa ana cakap Islam tu ibarat KERETA API...

Kereta api itu lurus jalannya, bukan bengkang-bengkok.Macam tu juga Islam, agama yang lurus dan tiada langsung bengkang-bengkok.Kita sering kali berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan jalan yang lurus, dan dihindari jalan yang salah sebagaimana maksud firman Allah dalam surah Al-Fatehah [6-7] :

"tunjukilah kami jalan yang lurus (6) iaitu jalan-jalan orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka, dan bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat (7)"

Secara analoginya, orang yang dapat tiket akan masuk kereta api.Begitu juga Islam, orang yang dapat hidayah Allah akan masuk Islam.Maka, tiket Islam adalah hidayah Allah, bukannya myKad daripada JPN.

Perbezaan muallaf dan Islam warisan adalah orang yang pada asalnya kafir dan memasuki Islam setelah mendapat hidayah Allah,mereka akan menjaga Islam sebaik mungkin manakala yang telah sedia ada Islamnya, sewenang-wenangnya menukar agama lain.Allah bagi tiket percuma, mereka koyakkan.Muallaf pula bersusah-payah mendapatkan tiket tu dan menjaga sebaiknya

Beringatlah!Kepada sahabat-sahabat yang dah dapat tiket daripada Allah, jaga sebaiknya.Sesudah kalian berjalan di atas landasan Islam, janganlah kalian terjun daripadanya kerana terjun kereta api, cedera fizikal saja, tapi terjun landasan Islam, cedera fizikal dan mental.

No comments: