Sunday, December 11, 2011

bayangan seorang daie muda.


Assalamualaikum :)
Saje nak share satu artikel yang cukup-cukup-cukup MENARIK dari nukilan blog Muntalaq, bayangan seorang daie di tengah-tengah kesibukan dunia globalisasi yang penuh cabaran ni. Sebelum tu, jom kita tajdid (perbaharui&betulkan) niat, kenapa kita blogging/ 'walkblogging' orang kate...? (sori kalau tersalah term..hehe). Dengan niat kerana Allah, dan moga aktiviti kite mentajawwal internet itu tidak akan jadi sia-sia, malah memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain :)
Kata Mu'az Bin Jabal r.a., ketika mengingatkan sahabatnya, beliau telah berkata:

إجلس بنا نؤمن ساعة

(Duduklah bersama kami, kita beriman sejenak).
Ungkapan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah r.a, lalu dia berkata kepada Abu ad Dardaa’ r.a sambil memegang tangannya:

تعال نؤمن ساعة إن القلب أسرع تقلبا من القدر إذا استجمعت غليانا

(Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak).
Jom kita beriman sejenak di alam maya! ^___^


Bismillahirrahmanirrahim.
Saya boleh bayangkan bagaimana salah seorang dari kita yang faham tanggungjawabnya. Hassan Al-Banna telah membayangkan bagaimana seorang ikhwan yang faham menjalani hidup sehariannya.
‘Masyarakat dapat melihat seorang Ikhwan berada di mihrabnya dengan penuh khusyuk, bermunajat, menangis dan merendahkan dirinya. Namun tidak lama kemudian orang yang sama berubah menjadi seorang yang memberi nasihat dan pengajaran yang mengetuk pintu hati dengan bimbingan-bimbingannya. Tidak lama kemudian anda lihat orang yang sama berubah menjadi ahli sukan yang cergas sedang menendang bola atau sedang berlatih berlari atau berenang. Tidak lama kemudian orang yang sama berada di kedainya atau bengkelnya menjalankan urusniaga dengan amanah dan ikhlas.’
Juga:’Kemungkinan seorang Ikhwan akan berjauhan selama sebulan atau dua bulan daripada keluarga, rumah, isteri dan anak kerana berdakwah. Pada waktu malam dia berceramah dan pada waktu siang dia mengembara. Satu hari di Hazwa dan satu hari di Aqiq. Dia menyampaikan lebih daripada enam puluh ceramah di timur dan barat negara. Mungkin ceramah-ceramah ini dihadiri oleh beribu-ribu manusia daripada pelbagai lapisan masyarakat. Namun demikian selepas berceramah dia berpesan supaya ceramah itu tidak dijadikan bahan propaganda atau promosi’
Bayangan ikhwan yang dibina oleh al-Banna itu telah berjaya di bina semasa hidupnya dan telah terbina beribu-ribu manusia lain hasil dari tangan anak muridnya…
Kini di zaman friendster, myplace (oooppppsss… dah tak valid lagi) facebook dll
Kini kita di zaman setiap orang ada 3 handfon. Di zaman orang berada di Universiti luar negara dan terpaksa akur dengan kehendak dan perubahan masyarakat.
Bagaimana agaknya bayangan salah seorang dari kita yang faham sepertimana fahamnya ikhwan tersebut?
Saya mungkin boleh membayangkan mereka begini:
Salah seorang dari akh atau ukhti yang faham ini bangun di awal pagi sebelum waktu subuh dengan penuh cergas. Membaca doa paginya, menguruskan dirinya dan menyelesaikan solat witir yang belum di selesaikannya pada selepas isya semalam. Menunggu subuh dan solat bersama-sama sahabat yang lain di masjid berhampiran. atau mungkin juga dia solat bersama-sama sahabat lain ketika tempat berhampiran tidak mempunyai masjid.
Seusai subuh, tidak lupa zikir pagi di ucapkan. bersama-sama sahabat lain atau keseorangan. kemudiannya mentadabbur ayat-ayat Allah dan cuba memahami dan mengikatkan dirinya dgn ayat tersebut. Kemudian dia bergegas ke tempat belajarnya atau ke tempat kerjanya…

Membaca emel atau mesej terkini di dalam public transport atau semasa perjalanannya. Menggunakan masa perjalanan untuk melihat keadaan masyarakat hari ini yang terkini di hadapannya. Mungkin juga dia mendengar berita terkini dari radio di dalam kenderaannya. Meneliti setiap peristiwa dan berita yang di dengari dengan penuh sedar dan kritikal. Berfikir tentang apa dan kenapa terjadi dan bagaimana relationnya dengan dakwah yang di bawanya…..

p/s: Ada sambungan. tapi belum update lagi. Jadi, apa perasaan korang? ^__^ perasaan hanya milik tuan dan tuan kepada tuan badan je yang tau. Apa-apa pun, jom muhasabah !

sharing is caring :)

2 comments:

KID said...

Melihat dan belajar..kemudian, amal..

Nasirah noor said...

SubhanALLAH...moga ada lg ikhwan n akhowat yang bersifat murunah cam yg dididik oleh al banna pd zmn skarang..InsyaAllah....

~free application..menarikkan?..free application~