Tuesday, December 6, 2011

penghubung manusia dengan pencipta (doa)






assalamualaikum..
sebelum mango menaip panjang ..mari kite selami sebentar firman Allah..

maksudnya: Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan maka merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada dia sedang baring , duduk ataupun berdiri . Tetapi setelah kami hilangkan kesusahan itu darinya , maka dia kembali seperti asal (derhaka) seolah olah dia tidak pernah merayu kepada Kami akan kesusahan yang telah Kami hilangkan darinya . Begitulah orang orang yang melampaui batas itu memandang baik terhadap apa ysng mereka lakukan ." ( Surah Yunus :12 )

cube kita hayati bait bait maksud surah ini.. rase nye tepat terkene ngn hidung kita.. eh.. bagi mango la..
mango tersentap jugak bila membaca maksud ayat ini.. kadangkala bila susah kita berdoa bila senang kita lalai .

kite selalu berdoa.. kadang kadang sambil berdiri ,duduk , baring..
tak semestinya selepas sembahyang sahaja.. doa itu mudah..
bila nak masuk toilet pon kite berdoa kan?
contoh bile masuk toilet kite cakap cam ni "Ya Allah jangan lah ada org tolak engsel pintu ini sebab engsel pintu ini dah rosak" . itu pon kire doa jugak

dalam pengharapan (dalam berdoa) disertai dengan tawakal kepadanya..

tetapi tanpa kita sedari doa yang kita panjatkan kepadaNya sentiasa dimakbulkan.. sama ada lambat atau cepat atau sama ada di dunia mahupun di akhirat..

mari singkap sebentar firman Allah..

Maksudnya : Diwajibkan keatas kami berperang (menentang pencerobohan) sedangkan peperangan itu adalah perkara yang kamu tidak sukai . Boleh jadi perkara yang kamu tidak sukai otu baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara tetapi ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jualah yang Maha Mengetahui segala sesuatu sedangkan kamu tidak mengetahui..
(Surah Al Baqarah:216)

Syekh Ibnu A'thoillah telah menyebut:
Maksudnnya : Boleh jadi Allah mengurniakan satu nikmat kepadamu tetapi Dia menghalang mu pada Nya dan boleh jadi dia menghalang satu nikmat kepadamu tetapi mengurniakan taufiq dan hidayat Nya..

Alangkah baiknya jika sangkaan baik itu sentiasa di dalam diri . Menyerahkan segalanya kepada nya .Kerana Dia maha mengetahui hakikat segala sesuatu..
mohon agar diberikan sifat redha dan Qanaah terhadap segala yang telah ditakdirkanNya

p/s: mohon dibetulkan jika ada kesilapan

2 comments:

oren_bulat~ said...

betul mango. rata-rata ramai di antara kita ramai yang menjadi antara golongan yang disebut Allah dalam firman-Nya yang kat atas tu. susah-->banyak doa, solat sunat sampai sakit lutut ape sume. tp saat senang--->terus lupa. ibadat wajib mungkin ok, tapi yang sunat dah on off. Adakah pengabdian kita kpd Allah hanya semata-mata ketika musibah shj?

Kita sering mengharapkan kebaikan dari-Nya tapi tak pernah nak meletakkan hak Allah ke tempat yang SEPATUTNYA dalam diri kita.

Allah ada berfirman:

"Apa yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan"
(55:29)

Tapi Dia tetap kabulkan permintaan kita dalam ramai2 manusia yang berdoa dalam berjuta-juta tu. cuma, mungkin masa dan caranya tak sama, sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sahabat yang baik adalah apabila kita memandangnya, kita teringat Si Pencipta. Subhanallah :)Terima kasih.

Fath~ said...

mari kita bersyukur...~
mood : sebak ~