JOM LUANGKAN MASA 5 MINIT BACA NI...
DAHLAH MANFAAT... DAPAT PAHALA PULAK TU...XRASA KERUGIANNYA
LAGI BAGUS KALAU KITA SHARE SAMA-SAMA...~ :)
Hujan. Malam yang sunyi. Amani mengerling kepada telefon bimbitnya di sebelah bantal. 1.04 pagi. Daripada saat dia merebahkan badan ke atas katil lebih kurang pukul 12.30 malam tadi hingga waktu ini, matanya masih belum mahu bekerjasama dengan badannya yang mahu rehat awal.
Fikirannya terasa penat dan lelah. Resultnya jatuh teruk berbanding semester lepas. Jika dahulu , Alhamdulillah dia sempat menerima anugerah dekan tetapi semester ini, sekadar cukup-cukup makan, memang langsung tidak mencapai target.
Dia juga turut merasa tempiasnya. Iyalah, itu sahabatnya. Sahabat yang setia bersama susah dan senang. Sejak dari matrikulasi lagi. Ditakdirkan Allah S.W.T mereka belajar di universiti yang sama, juga di utara tanah air. Tempat yang dirasakan sesuai sungguh untuk belajar.
"Amani, are you sure you are okay? Menangislah kalau perlu, aku selalu ada kat sini untuk kau."Mesej Syahirah membuatkan dia tersenyum. Betul, inilah sahabatnya yang tidak pernah gagal membuat dia tersenyum.
"Aku okay je cik Irah wei. Aku pun tak tahu sebab apa tapi sampai sekarang aku tak nangis-nangis lagi. Yang aku rasa, kosong," Amani membalas, dia sendiri tidak pasti kenapa matanya degil sungguh hari ini. Dia hendak menangis, rasa sesuatu yang berat sedang dirinya pikul.

Antara kawan-kawan yang dia ada, Syahirah paling cepat tangkap apa yang dirinya perlukan. Memang sahabatnya ini suka benar menulis mesej panjang-panjang, inboxnya ini kadang-kadang tidak cukup memory. Mungkin kerana dirinya suka simpan mesej-mesej Syahirah, mesejnya penuh dengan isi walaupun gadis itu nampak bersahaja.
"Aku tahu Irah. Dia uji sebab Dia sayang. Aku tengah cuba untuk redha dengan semua ni. Aku kadang-kadang, bukan, selalu aku buta pada rahmat-Nya. Tak apa, kau punya mesej berisi, panjang pun boleh jugak ubat hati aku. Thanks ye Irah." Amani tersenyum.
Syahirah memang gemar membaca blog, boleh melihat kehidupan orang lain katanya. Dia kata kadangkala apabila membaca kisah hidup orang lain, boleh buat kita rasa syukur sungguh-sungguh dengan hidup yang kita ada.
Matanya masih terkebil-kebil, biasan lampu dari ruang tamu membolehkan dia menatap siling biliknya.
Tadi ibu kata, "Amani kata Amani rasa macam jauh dari rahmat Allah S.W.T bila tengok result yang Amani dapat. Tapi sebenarnya bukan macam tu sayang. Allah AS.W.T sedang menyampaikan rahmat-Nya pada Amani, melalui ujian kegagalan ni. Allah S.W.T nak Amani lagi dekat pada Dia dan belajar untuk bersyukur dengan semuanya. Tak semua yang dapat ujian macam ni, rahmat Allah S.W.T itu luas, sayang. Cuba Amani tengok, kat luar sana. Mungkin ada yang lulus dengan cemerlangnya tapi dia sempat pergi celebrate dengan cara-cara maksiat, pergi konsert, kelab malam, bercampur lelaki perempuan. Nak tunjukkan betapa gembiranya dia. Allah S.W.T sedang uji jugak dia dengan kejayaan, ujian dia lagi besar daripada Amani." ibu mengusap lembut kepalanya.
"Allah S.W.T sayang anak ayah ni, sebab tu Allah S.W.T bagi Amani rasa yang Amani macam jauh daripada Dia sedangkan sebenarnya tak. Allah S.W.T nak tarik balik Amani agar selalu lebih ingat pada Dia. Ayah selalu ingatkan anak-anak ayah, jangan lupa sesaat pun pada Allah S.W.T. Jangan tinggal solat, jangan lupa al-Quran, jangan lupa apa Nabi S.A.W pesan." Ayah menambah. Amani tidak berani mengangkat pandangan. Hatinya dijentik rasa kesal kerana tidak tahu bersyukur.
Kata-kata daripada Syahirah waktu dia sedih sebab tidak yakin dengan kemampuannya dalam temuduga biasiswa hari itu kembali menerjah di ingatannya.
Betul. Dia selalu lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T bagi pada dirinya. Dia ada ibu, ayah dan sahabat-sahabat yang selalu di sisi dia.
Subhanallah, Allah S.W.T tidak pernah lupa pada dia tapi dia selalu leka dengan dunia. Allah S.W.T ada berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 152, "Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."
Tetapi dirinya sekarang, tidak bersyukur malah semakin menjauh pula daripada Allah S.W.T. Jahatnya dirinya, dia sedih dengan diri sendiri.
Dekatkan diri pada Allah S.W.T. Amani bangun daripada katil. Ya, dia perlu berubah. From good to better. Dia melangkah ke bilik air dan berwudhuk.
"Allahuakbar..."
Amani berteleku di sejadah. Air matanya menitis laju. Kali ini bukan kerana dunia, tapi kerana Allah S.W.T semata-mata. Dia sungguh-sungguh bersyukur di atas nikmat iman dan Islam yang di pegang. Dia ingin memohon sungguh-sungguh pada Allah S.W.T dan berserah semuanya pada Dia Yang Kuasa. Sebab Dia sayang Allah S.W.t. Dan dia tahu Allah S.W.T sayang dia. Amani, senyumlah.
............................................................................................................
kesimpulan lain...
"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)cari lah sahabat yg baik...
yg boleh mengingatkan diri anda tika anda terleka..
yg boleh membetulkan anda tika anda tersalah..
yg sentiasa senyum melihat anda mendapat kejayaan...
yg membawa anda ke jalan Allah...
yg turut bersedih apabila anda sedang berduka...
yg memberikan anda semangat apabila anda jatuh....~ dan yg paling penting.... yg menemani anda hingga ke syurga..
No comments:
Post a Comment