Monday, November 14, 2011

NONA..^_^

assalamualaikum..^_^


ok..memandangkan ini entry pertama dari nona..nona nak cerita sikit pasal buah nona..


**bukan pasal nona ye..^_^

nona tau..mesti ramai reader yang xpernah makan ataupun jumpa buah nona kan..

**nona agak2 je..^_^

kat sini nona nak share sikit2 apa yang nona dah search kat mr.google..^_^



BUAH NONA / NONA SERIKAYA - Nama sainsnya Annona squamosa. Secara semulajadi ia terdapat di Amerika Tengah dan Amerika Selatan seperti Indies Barat dan sekarang ditanam di seluruh tropika. Pokoknya kecil lebih kurang 4.5 meter hingga 6 meter dan bersifat separuh umur. Buahnya berbonggol dan mempunyai banyak biji dan boleh didapati di sepanjang tahun (tidak bermusim) serta rasanya masam manis.

Selain itu, buah nona yang sering dibandingkan dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus. Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah(erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak. Daunnya juga boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak nanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit dan radang usus(najisberdarah).



Hurrmm.. nie la serba sedikit yang nona dapat kongsi dgn sume reader…actually nona pernah la jugak rasa sekali..tapi ingat22 lupa la mcm mana rasa nya sebab dulu jiran nona masa dekat rumah lama ada tanam..tapi nona dapat rasa sekali je sebab lepas 2 nona dah pindah rumah..tapi kalau reader nak rasa buah nona nie nona xtau la mana nak dapatkan tapi ada yang kata boleh pergi dekat hypermarket selalu nya da..tapi nona xtau la ada ke tak..=.=”


**xpernah cuba cari pun…


Credit 2 = mr.google..^_^


sharing is caring :)

6 comments:

oren_bulat~ said...

nona tu bunyi macam makcik la..haha.
Entry bermanfaat. jom cuba makan nona pasni~.

p/s: ni yang terasa macam nak sebarkan kebaikan oren ni..!

ZYASH said...

Buat nona sangat cedap, tapi dah lupa la rase dia mcm mane. Time kecik2 je dulu rase.

dayfeda hassan said...
This comment has been removed by the author.
kiwi_baek! said...

kebaikan kiwi jugek~ hahahaha... best2...aku mmg bace sampai habis.. sebb font die besa punye!

husna assaedah said...

nona... dah rasmi blog nmpk..

nona_nano said...

ok..jom reramai post pasal kebaikan buah22..hehehe^_^

~free application..menarikkan?..free application~