Sunday, November 13, 2011

Contengan Jalanan


 Assalamualaikum :)

Fuh,fuh. Asyik nama lemon je yang keluar kat blog al-hadi19th ni. Sekarang turn kiwi pulak. Alhamdulillah, kemudahan teknologi dah banyak memberi ruang untuk kita berhubung dan berkongsi cerita walaupun dalam jarak yang jauh, kan. Terima kasih kepada Internet, penciptanya dan Yang Menciptakan pencipta Internet. Dengan kerana-Nya kita masih lagi boleh mengekalkan momentum ukhuwah yang kuat terbina hasil semaian hidup bersama 5 tahun di bumi simpang lima. ^__^.  Syukur. Sweetkan pencipta kita?

Contengan jalanan.


Kiwi sure ramai dah baca karya terbaru Hlovate ni. HEHE. Sorilah, baru habis baca, jadinye teruja lebih sikit. Alhamdulillah, seusai sahaja menghabiskan dua cerita berkenaan dua orang sahabat baik ni, Fend dan K­2, rasa dalam hati ni banyak betul kekurangannya. Sedih sebab tak macam diorang.

Sedih sebab tak rasa macam apa yang diorang rasa.

Hidayah. Belum sampai lagi atau tak peduli?

Saya akui, menjadi seorang pelajar di sebuah sekolah agama memang mengajar saya banyak nilai-nilai Islam. Hari-hari kita didengarkan dengan tazkirah dan peringatan. Ustaz dan ustazah pulak hebat-hebat. Datang dari Mesir, Jordan, bumi anbiya’ , bukan calang-calang tempat. Dan subjek yang kita belajar sendiri telah merangkumi banyak cabang ilmu islam termasuklah feqah, hadis, tauhid, akhlak dan lain-lain. Malah, rasanya ia sangat banyak kot. Sampai belajar ilmu munakahat.

Tapi, kenapa kita tak jadi macam Fend atau K2?

Atau untuk rasa apa yang diorang rasa?

Rasanya, kalau nak dibandingkan ilmu kita dengan mereka, rasanya kita lagi banyak kot. Belajar macam-macam. Khatam entah berapa kali. Hadis pun banyak yang macam pernah dengar matannya. Siap ada tafsir sendiri sejak umur 16 tahun. Betul la, hati itu Allah yang pegang, kan?

Tapi kalau peluang nak ambil hidayah tu ada di depan mata, kenapa kita tolak? Kadang-kadang, hidayah perlu dicari, dan bukan ditunggu. Tanya balik pada diri sendiri.

Hidayah Allah itu umpama cahaya yang terang jelas.

Alang-alang dah menulis, cerita pasal Contengan Jalanan, korang perasan tak pasal pengajian Chad ngan Bapak Tono masa kat Aussie tu? Kiwi nak promote sikit kat kawan-kawan. Mari kita buat kempen baca Hadith 40 karangan Imam Nawawi, nak?

“Cop,cop. Hadith 40? Amende tu?”

Ehe…sabar, sabar. Hadith 40 merupakan karangan Imam Nawawi yang menghimpunkan hadith-hadith tentang perkara-perkara paling asas dalam kehidupan seorang muslim. Jadinya, by hook or by crook, korang semua yang bergelar muslim dan muslimah perlulah at least membaca hadith-hadith tersebut. Imam Nawawi R.A sendiri telah memilih hadith-hadith yang paling penting dan sahih untuk dimuatkan dalam kitab ini.

“Eeee..tebalnya. Tak nak la…”

Emm. Jangan risau. Yang tebal tu lengkap dengan huraian terpeinci mengenai setiap isi yang diriwayatkan oleh Rasulullah. Ada je yang versi nipis, tapi tanpa huraian. Cubalah korang cari kat mana-mana. Tapi lebih afdhal kot kalau ada huraian, senang sikit nak paham. Walaubagaimanapun, tak salah untuk kita mentadabbur hadith tu sendiri sebab tadabbur tak sama dengan tafsir yang mewajibkan orang-orang yang tinggi ilmunya sahaja untuk mentafsir (ahli tafsir, mahir bahasa arab, mahir nahu dll.)


nipis je. saiz poket. RM 3.00. 


“Tadabbur? Apa tu?”

Tadabbur itu maksudnya kita mendalami atau menghayati alQuran atau hadis dengan mengaitkannya dengan perkara dalam kehidupan kita seharian;  dan ambil pengajaran yang bermanfaat darinya.

Percayalah, seronok baca Hadith 40. ^___^ InsyaAllah, iman dan aim kita untuk jannah akan makin bertambah kuat dengan menghayati perbuatan, perkataan dan taqrir kekasih Allah ni.

Reed and Heed.

بلغ عنى ولو آية 


: )


No comments: