Sunday, February 14, 2010

virus valentine~~

salam ukhuwah buat rakan2 sekalian.

hari ni kiwi nak kongsi sedikit info dengan rakan2...mungkin semua tahu apa itu sambutan valentine, bukan? Senario tipikal yang biasa menjengah ke dalam otak terutamanya para remaja acapkali tibanya bulan februari. Ia berlaku di pelbagai negara muslim, sama ada yang secara terang-terangan mengamalkan gaya hedonisme, atau di negara yang punya ribuan ulama.

Akan ada dalam kalangan remaja2 a.k.a pewaris pucuk pimpinan negara ini (terutama yang Muslim) menjamu rasa cinta mereka di bawah kerdip cahaya lilin yang macam nak padam tu. Romantik la kononye tu..haruman,hadiah,teddy bear,ntahapeape ntah yang menjadi indikator cinta golongan2 ni pun bertukarlah tangan.. Ratusan,malah ribuan bunga2 mawar disunting dan dipancung(istilah tak betul) tanpa rela mereka untuk dikarang bagi meraikan cinta yang berterbangan di udara. apa orang cakap? "Love is on the air?"haha.kiwi pn tak faham.

Hari yang meng'kaya'kan para peniaga n tokei2 kdai mawar ini disebut sebagai St. Valentine's Day. Opss rakan2.., jangan lupa perkataan "Saint" kat depan tu, sebab hari yang semua kekasih dok tunggu ni adalah milik wali Nasrani, dan ia asalnya diraikan oleh orang2 yang percaya yang Allah itu mempunyai anak. Maha Suci Allah daripada segala tuduhan dan dakwaan mereka!!!!

Kat sini kiwi nak kongsi sikit sejarah St. valentine's day ni..

.....................................................................................................................

Sebenarnya,tak diragukan lagi bahawa hari yang bertopengkan dengan gelaran Hari Kekasih ini adalah sebahagian daripada "syiar" Kristian. Ia adalah lambang bagi mengingati kematian seseorang yang dianggap syahid (dan 14 febuari ni adalah hari ulngtahun kematian dy…tahniah2….) ,iaitu wali agama Kristian yang mempertahankan kebenaran agar tentera Romawi boleh menjadi manusia normal, boleh bercinta dan berkahwin. Sebab tu la ustaz Rahim kate Islam lagi baik! islam tidak menahan fitrah manusia untuk bercinta dan berkahwin, tetapi ia hendaklah berada di landasan yang betul.

Sebenarnya,dahulu zaman pemerintahan Maharaja Claudius di Rom, baginda mempunyai cita2 untuk meluaskan empayarnya. Lalu ramai tentera diperlukan bagi membantu baginda untuk merealisasikan impian dan cita2nya. Mungkin kerana ekspedisi ketenteran yang jauh dan bahaya telah menjatuhkan minat, ramai tentera Rom tidak mahu menyertai ekspedisi itu. Manakala, pada pandangan Maharaja Claudius, sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menyertai tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga diorang. Maka maharaja yang zalim ini memberi perintah agar semua perkahwinan dan pertunangan diharamkan kat negara Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama paderi Saint Maurius telah berusaha untuk mengahwinkan pasangan2 yg nak kawin secara senyap2 tanpa pengetahuan baginda. Akhirnya apabila orang ramai tahu,beliau telah ditangkap dan dibunuh pada 14 febuari. Beliau telah dianggap syahid oleh penganut Kristian.

(sambungan cerita secara terperinci boleh dibaca dalam risalah dibawah.)

DAn sedarlah wahai rakan2 sekalian, adakah kita hendak mengikut jejak langkah kristian yang bijak memperdaya kita? Kesan daripada budaya Hari Kekasih di negara kita ni, berapa ramai yang telah terpedaya dan terjatuh dalam lembah kemaksiatan,sehingga dikatakan kesan daripada sambutan itu, seramai beribu anak luar nikah telah dihamilkan di malaysia!... Berjayanya orang kafir membahagiakan pemikiran orang muslim bahawa cinta itu disimbolikkan dengan bunga mawar yang boleh layu dalam masa beberapa minit sahaja itu!!! Dan yang lagi powernye, diorang dapat mempengaruhi anak-anak muda Muslim meraikan hari wali besar diorang,iaitu St. Valentine..(dahla ulangtahun kematian...) . Mengapa kita terus terpesona dan terleka untuk terus mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani itu sehingga diumpamakan oleh nabi kita, melihat lubang biawak itu lebih indah untuk dimasuki.

Dan kesimpulannya duhai rakan2 sekalian, elakkanlah diri kita untuk terjebak menjadi salah seorang yang meraikan perayaan ini. Hari Kekasih dalam Islam bukanlah terbatas pada 14 febuari sahaja, bahkan setiap hari setiap tahun. Dan kekasih yang dimaksudkan bukanlah hubungan antara rijal-nisa’,tetapi ia sangat menyeluruh meliputi ibu bapa kita, adik-beradik kita, saudara-mara kita,guru2 kita, rakan2 kita ,nabi kita dan yang paling utama, Tuhan kita. Sebelum kita bersedia untuk mencurahkan kasih kita kepada sang kekasih, ingatlah , adakah kasih kita kepada Tuhan kita sudah terlebih cukup hingga kita mampu memperduakannya dengan seorang insan yang juga lemah seperti kita? Berkasihlah dengan seikhlas hati pada tariq yang betul. Islam mengglakkan saudaranya berkasih2an, kerana sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara. Tetapi berkasihan itu bukanlah dalam konteks yang melanggar batasan dengan syaitan sebagai ’pom2 girl’ di sebelah. Ramai lagi saudara kita yang dahagakan kasih sayang kita di Afghanistan sana, di Palestin, Iraq, Bosnia dan banyak lagi la.. Tak bolehkah kita membantu mereka dengan mendoakan keselamatan dan kejayaan mereka tiap kali usai solat?Jika hanya itulah yang mampu kita lakukan, lakukanlah! Sekurang2nya ia menjadi bukti betapa kita kasihkan saudara seislam kita. Kiwi rase macam banyak je dah tulis untuk kali ni, kiwi harap tolong jadikan iktibar bukan tikar, pengajaran bukan karan, dan last skali tq sebab bace artikel ini. Kita ambil mana yang jernih dan buang mana yang keruh. Moga sama2 boleh jadikan panduan dan ibar buat rakan2yang lain. Jazakillah.







No comments: