Sunday, July 17, 2011

sahabat~~


assalamualaikum,
Ke hadapan rakan-rakan yang tercinta,
Hari ini, kita semua  sedang meneruskan perjuangan kita, walau dahulu kita berjuang bersama penuh semangat, moga kini, semangat kita terus membara, dan yakinlah bahawa Allah akan sentiasa memelihara ukhwah kita.
Sahabatku,
Ingatkah dikau lagi sewaktu kita bersama menyucikan diri dengan wudhu’, menyarung telekung serba putih dan berjalan beriringan ke surau? Ingatkah lagi rasa bahagia yang terselit di dalam hati ketika kita solat berjemaah beramai-ramai, berzikir dengan suara yg lantang dan merdu? Ingatkah lagi rasa bahang yg kita abaikan ketika sedang membaca yaasin? Ingatkah ketika angin meniup deras langsir2 surau, kita duduk bersama berdoa? Betapa aku rindu detik-detik itu.
Sahabatku,
Masihkah kau terbayang saat kita bangun awal pagi bersama, saling kejutkan di antara kita, utk bersiap-siap menanti subuh? Terasa masih segar di ingatan ku tatkala kita bersiap setiap pagi sambil bergelak ketawa dan sibuk bertanya “makan tak?” kerana kita enggan makan sendirian. Aku paling rindu saat kita berjalan bahu ke bahu menuju ke sekolah dgn tenang, walhal masih awal, dan kadang kala sudah terlewat pun.
Sahabatku,
Cuba kau kenang balik saat kita belajar dalam kelas,, girangnya rasa! hari ini, kita semua rasakan seperti tak pernah tertekan ketika belajar, semuanya terasa manis. Saat kita mengantuk belajar sejarah, terasa manis. Saat kita pening memikirkan addmath, terasa manis. Saat kita gemuruh nak periksa pun terasa manis, betul tak?
Jadi, sekarang pun kita kena belajar sungguh-sungguh, suka duka sekarang, kita kena tabah lalui, yakin lah, satu hari nanti, akan menjadi kenangan yg paling manis bagi kita.

*nak motivasi diri je ni sambil try test power bahasa melayu yg dah tak belajar tu~, haha

1 comment:

Fath~ said...

wahhh....bakat terpendam ni.... very nice2 article