Sunday, January 29, 2012

Terus bersabar~

Pernah suatu hari seorang sahabat nabi yang bernama Khabab ibnu 'Arat R.A datang kepada Rasulullah S.A.W dan bertanya kepada baginda dengan soalannya, " bilakah kita akan menang wahai Rasulallah?"
Sahabat nabi yang bertanya ini sebenarnya telah mendapat seksaan dan ujian yang teruk. Badannya dipanggang sehingga diriwayatkan lemak di badannya mencair dan menitik ke lantai.

Akibat tidak tertahan dengan seksaan yang diterima maka beliau bertanya kepada Baginda bilakah masanya Islam akan menang mungkin dengan harapan agar Islam segera dinaikkan dan umat Islam terus menjadi dan dihormati.

Namun itu tidak terjadi. Rasulullah akhirnya memujuk beliau dengan lembut tetapi tegas melalui kata baginda, 

"Umat terdahulu lebih dahsyat diseksa sehingga kepala mereka digergaji."

Bersabarlah, sesungguhnya umat-umat terdahulu lebih dahsyat diseksa sehingga kepala mereka digergaji.

Apa perasaan kita mendengarkan kata-kata seperti ini?

Bukankah kata-kata ini juga sebenarnya ditujukan kepada kita?

Tdakkah ada dalam diri kita sedikit kekuatan untuk terus bersabar menghadapi kesusahan hidup dalam melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah?

Sesungguhnya kehidupan dunia bagi seorang muslim sememangnya ibarat penjara yang memenjarakan jasad dan pergerakannya. Kerana dunia ini sementara, dijadikan Tuhan hanya untuk menguji hamba-hambaNya siapa di kalangan mereka yang baik amalannya.

Maka bersabarlah dengan kesusahan melaksanakan suruhan Allah kerana sesungguhnya syurga Allah dan redhaNya sedang melambai-lambai untuk membahagiakan anda di sana.

Marilah beristighfar dengan penuh kesedaran.


- Artikel iluvislam.com
sharing is caring :)

No comments:

~free application..menarikkan?..free application~