Sunday, October 21, 2012
bau- bau bacang ?
sumpah iolls rindu uollss
uolls mesti nak sepak iolls kan sebab iolls tetiba gewdikx ni
muahahaha
okay2, tamat sesi gedik.
yeaah, bau bau bacang ? apakah itu bacang, lemon serius tak tahu. sebenarnya lemon tak penah kesah pun ape tu bacang, tapi semalam.................
DI DAPUR
mak : lemonnn, pergi kopek mangga umi beli tu
aku : baikkkk !
kopek- mengopek......................
aku : mak, asal mangga ni bau macam kuini pulak ni ? mangga ke ni ? ke kuini ?
mak : *menghidu* ahhh, bau bacang ni. adui umi silap beli
aku : bacang ? apakahh ? ada spesies mangga nama bacang ke ?
mak : ha'ah laa.
aku : *tunduk kekurangan ilmu* ohhhhhhh
so rupanya bacang tu adalah sejenis mangga yang berbau seperti kuini, selain itu, ada tempat yang memanggilnya macang.
next !
why bau-bau bacang ?
begini cerita dia, kalau kita pegang bacang ni, bau dia lekat sikit, so kira nya pegang sikit pun ada bau.
macam saudara jauh, walaupun connection darah tu jauh gila, tapi tetap ada connection tu antara kita dgn sedara jauh tu.
make sense tak ape lemon merepek ni. err, harap paham, kalau x paham, sila buat analogy sendiri, hahaha
tidak lupa terima kasih kepada link2 dibawah kerana membantu my research
http://www.bahasa-malaysia-simple-fun.com/teaching-idioms.html
http://id.wikipedia.org/wiki/Bacang
setakat itu dulu dari lemon, maap mengabaikan blog ni skjp. UIA punye wifi x kasi i update u knowww ~
k byebye (:
Monday, September 24, 2012
KEBAHAGIAN ITU 1 KESYUKURAN~
Sunday, September 23, 2012
Hope and Forgiveness
hari tu kan, lemon jenjalan kat laman sesawang lah kan, pastu terjumpa satu artikel yg dibuat oleh org yg sebaya lemon je, tapi mashaAllah, betapa lemon suke lah apa dia tulis, so lemon nak share sini.
baca3 ~
Friday, September 21, 2012
tazkirah jumaat ~
dah berhari jugak tak bukak fb , bukak lah sekejap kan .
scroll down newsfeed tu laju jee .. alaaa just bukak fb nak tgk update kwn2 je kan and latest news .
tetibe mata ni tersinggah baca post menarik ni .
sebagai penambah ilmu di hari jumaat ni . jom selak-selak hati kita ~
TINGG!
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.
TINGG!
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.
Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.
Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
taken from http://www.facebook.com/helizahelmi
Thursday, September 13, 2012
Monday, August 27, 2012
Thursday, August 9, 2012
Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi
macam lampu raya x ? warna-warni !
salam ramadhan abg2 kakak2 adik2 sekalian.
now, hari ni lemon teringat pasal pepatah DI ATAS, maka lemon cuba lah dok pikir logik dia di situ.
in the end.......
so, Lemon penyiasat handal yg perasan ni pun meluncur di sekitar alam maya ni, nak tahu punya psl, redah je lahh, slmt encik google memang sumber maklumat terhebat fil muka bumi kan. cepat je dapat maklumat.
cenggini cite dia sebenarnya, PAGAR memang boleh makan padi laa.
tapi apakah pagar tu sebenarnya ?
pagar tu sebenarnya adalah PEGAR yakni sejenis burung. yaaa, burung pegar namanya.
sekarang logik kan PEGAR makan padi
tapi en, apesal pulak pegi eja pagar kalau da namanya pegar ?
jwpnnya ialah, zaman atok nenek kita dulu, depa tulis and baca jawi, so dorang eja pagar tiga huruf je lah P-G-R ( phm2 lah hurup jawi berkenaan ye ). so apabila perkataan tu translate jadi rumi, jadilah pagar.
kesimpulannya, kita dok harapkan burung pagar ni jaga padi kita, tapi akhirnya dia jugak yg mkn padi kita. or makna lain, org yg kita harap tulah yg khianat kita.
wow, ilmu baru. BEST!
tapi lemon sangat musykil, apesal lah dulu kat sekolah lemon x penah terpikir pun kepelikan perumpamaan ni. nampak sangat belajar mcm span, pakai serap je, pikir xnak. hayoo lah.
anyways, bagi yg tahu, ANDA HEBAT !
bagi yg x, no worries lah, skrg dah tau.
credits to : http://delicioustastydelicia.blogspot.com
Wednesday, July 18, 2012
mari bermesyuarat ..
Saturday, July 14, 2012
fuyoh2, mabruk !
hai kawan-kawan *apehal lemon ni?*
anyways, straight to the point, lemon sebenarnya naaaaaaaaaaaaaaak
ucapkan setinggi langit punya tahniah lah kat uollss semua warga batch19 or yg sebaya dengannya.
ini adalah kerana, didapati bahawa anda dgn gemilangnya mendapat tempat di
IPTA ! fuyoh2
so tahniah lah ye, alhamdulillah, bersyukur sangat lah. apa yg anda dpt ni, adalah hasil usaha anda sendiri.
kalau anda rasa study cam nak muntah dah, result pun gempak sudah, tapi tak mendapat apa yg anda betul2 nak, haaaa, pegi check balik diri tu, ada kot something yang x lengkap lagi. x semestinya dari segi pelajaran je lah kan.
anyways tahniah lagi. kami2 warga al-hadi, sumpah teruja gila dengan results UPU uolls semua.
nak je listkan nama, u n kos kejadah, tapi xnak lah jaja sangat kan *mls sebenarnya* hoho
lagi sekali tahniahh !!!!
*lompat2*
Saturday, July 7, 2012
Bulan Ramadhan dah nak dekat :D

ini dapat dihapuskan oleh solat , puasa dan sedekah."
(Hadis Bukhari dan Muslim)
Bila berbuka .....................
Setiap dari kita nak amalkan sunnah Rasulullah kan ? :D , iaitu berbuka dengan kurma dahulu then baru makan makanan yang lain ~ :D
Kenapa perlu berbuka dengan kurma?
Ketika berbuka puasa Islam menganjurkan umatnya agar berbuka dengan buah tamar dan air. Kurma akan memberikan tenaga dengan cepat kepada badan. Apabila kita menyoroti kisah Maryam ibu Nabi Isa AS, Maryam telah bersandar pada pangkal pokok kurma di saat merasa sakit melahirkan anak. Lalu Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk memberitahu supaya digoncangkan pohon kurma untuk mendapatkan kurma yang masak. Daripada kisah ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa kurma boleh membekalkan tenaga kepada Maryam tatkala merasa sakit untuk melahirkan Nabi Isa AS.
Kurma juga bertepatan dengan sunnah Nabi SAW. Kurma merupakan buah yang sangat berkat untuk dimakan. Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada umatnya untuk berbuka dengan kurma pada bulan Ramadhan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Apabila seseorang dari kalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika dia tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air kerana ia adalah penyuci.”(Diriwayatkan oleh Abu Daud, kitab Puasa, nombor 2355 dan At-Tirmizi, kitab Sedekah, nombor 658)
Dari Anas, sesungguhnya Nabi SAW berbuka puasa dengan beberapa ruthab sebelum solat, kalau tidak ada ruthab, maka dengan beberapa kurma matang, kalau tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih. (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)
Kurma makanan kesihatan
Jelas disebalik sunnah Nabi SAW mengandungi manfaat yang banyak untuk kesihatan. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memilih kurma berbanding makanan lain untuk berbuka puasa. Ini tidak lain dan tidak bukan ialah kerana kurma mempunyai kandungan yang baik untuk kesihatan.
Jika melihat dari sudut sains pula apabila saat untuk berbuka, organ-organ pencernaan mula aktif dan perlu diberikan sesuatu yang lembut. Ini akan menyebabkan organ-organ pencernaan memulakan kerjanya dengan perlahan-perlahan untuk terus mencernakan makanan yang lebih berat. Sebagai contoh di dalam kehidupan seharian, untuk melicinkan pergerakan sesebuah kenderaan ianya perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum bergerak. Ianya juga bertujuan untuk memastikan hayat kenderaan lebih lama.
Begitu juga dengan tubuh badan kita. Kesihatan sangat diperlukan untuk memudahkan melakukan ibadah bukan sahaja di bulan Ramadhan. Seperti kata pepatah arab berbunyi “al-aqlus salim fil jismi ssalim” yang bermaksud: ‘aqal yang sihat lahirnya daripada badan yang sihat’.
Kurma menghilangkan lapar dan dahaga
Keadaan orang yang sedang berpuasa sangat memerlukan makanan yang mempunyai gula yang mudah dicerna dan yang boleh menghilangkan rasa lapar. Nutrisi makanan yang paling cepat dicerna dan sampai ke darah adalah gula khususnya makanan yang mengandungi satu atau dua zat gula (glukosa atau sukrosa). Ini kerana tubuh mampu menyerap dengan mudah dan cepat zat gula hanya dalam beberapa minit. Apatah lagi jika perut sedang kosong, seperti orang yang berpuasa ini.
Jika kita mencari makanan yang boleh menyamai dua kandungan sekaligus (menghilangkan lapar dan dahaga), maka kita tidak akan menjumpai makanan yang lebih baik daripada apa yang disarankan oleh Nabi SAW. Iaitu kurma.
Kandungan gula dalam kurma
Berdasarkan kajian yang dibuat, menyatakan bahawa satu bahagian kurma yang dimakan menyamai 86-87% beratnya mengandungi 20-24% air, 70-75% gula, 2-3% protein. Manakala mengandungi hanya 8.5% serat. Berdasarkan penelitian, juga ditemui bahawa ruthab (kurma segar) mengandungi 65-70% air berdasarkan berat bersihnya, 24-58% zat gula, 1.2-2% protein dan 2.5% serat.
SELAMAT BERPUASA SEMUA ~ :D :D
Tuesday, July 3, 2012
ada apa dengan AGAMA
hari ni lemon tetiba teringat, dulu lemon ada belajar RELIGIONS IN MALAYSIA.
dalam subjek tu belajar la macam2, dan ada jugak belajar kenapa perlu agama.
1. agama ni provide kita dengan peraturan dan cara nak jalani hidup, dan manusia mmg lebih mudah berfungsi bila ada panduan, peraturan dan tatacara yg perlu dipatuhi. macam orang selalu kata, islam is the way of life.
2. agama jugak, memberi kita sebab kewujudan kita kat mukabumi ni. tanpa agama, kita ni lahir di bumi ni, hidup dan mati tanpa sebarang makna. tp dengan agama kita ada tujuan lahir di muka bumi, tujuan hidup dan arahtuju bila mati kan ?
3. bila ada agama, kita ada tuhan yakni Allah. sebagai manusia yang lemah kita sememangnya perlukan tempat bergantung yang tak hilang, tak sakit, sentiasa ada. in simple words, kita memang perlu kan satu kuasa yg hebat yg takkan jatuh untuk berpegang dan bergantung. mmg sifat manusia macam tu. when u have no one on this earth, don't forget u still have Allah, forever and always.
tu je nk share apa yg lemon ingat dari kelas dulu,
tapi bila lemon fikir dlm2 lah. ape jadi kat dunia eh kalau takde agama ?
tak payah fikir jauhla, apa jadi kat kita eh kalau takde agama ?
tak boleh byg kn macam mane hidup tanpa ISLAM kn.
Sunday, July 1, 2012
Islam Ibarat Kereta Api
Hari ni ana nak bagitau kenapa ana cakap Islam tu ibarat KERETA API...
Kereta api itu lurus jalannya, bukan bengkang-bengkok.Macam tu juga Islam, agama yang lurus dan tiada langsung bengkang-bengkok.Kita sering kali berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan jalan yang lurus, dan dihindari jalan yang salah sebagaimana maksud firman Allah dalam surah Al-Fatehah [6-7] :








.jpg)




